TEMERLOH: Rakyat negeri ini akan ditawarkan sekurang-kurangnya lot tanah tapak rumah bagi mereka yang berkelayakan jika Pakatan Rakyat (PR) diberi peluang berkuasa pada pilihan raya umum (PRU) akan datang.
Pesuruhjaya PAS Pahang Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, pembayar cukai terutama pemilik premis dalam kawasan bandar pula akan dipastikan mendapat pulangan balik dalam bentuk perkhidmatan dan kebajikan.
“Penduduk di bandar merupakan pembayar cukai tetapi tidak mendapat hak yang sewajarnya. Kita biasa dengar rungutan berkaitan saliran yang tidak diselenggarakan dengan baik atau sistem kutipan sampah yang tidak memuaskan.
“Jadi keutamaan PR yang berkonsepkan Negara Berkebajikan iaitu melakukan penstrukturan semula kawasan tempat duduk, saliran dan soal kebersihan. “Ini antara komitmen kita yang akan dimaktubkan dalam manifesto di mana pembayar cukai akan mendapat semula setiap sen yang dikeluarkan melalui perkhdimatan yang bersistematik dan kebajikan,” katanya.
Ketua Penerangan PAS Pusat itu berucap demikian di hadapan kira-kira 200 orang semasa majlis Minum Petang Bersama Penduduk di Kampung Batu Satu dekat sini baru-baru ini. Majlis tersebut melibatkan program AJK Harian PAS Pahang yang turun ke Dewan Undangan Negeri (Dun) Kuala Semantan.
Turut hadir Adun Kuala Semantan Syed Hamid Syed Mohamad.
Menurut Tuan Ibrahim, tidak ada keganjilannya jika PR mengagihkan tanah tapak rumah kepada penduduk negeri ini yang layak walaupun pernah dipertikaikan oleh Menteri Besar Dato’ Seri Adnan Yaakob sedikit masa dulu.
“Kalau nak ikutkan semuanya tak boleh tapi tauke-tauke besar terus dapat tanah dengan mudah. Satu lagi sebagai bandingan, Selangor beli air dari Pahang tetapi kerajaannya boleh bagi penduduknya air percuma, kenapa Pahang tak boleh?,” soal Tuan Ibrahim.
Tambahnya, itu maknanya kebajikan dapat diberikan jika ada keazaman politik daripada pemerintah dan komitmen inilah yang ditawarkan PR kepada rakyat. Tuan Ibrahim memberi contoh, Petronas untung RM80 bilion setahun. Jika ada komitmen dengan andaian Petronas mengagihkan satu negeri sebanyak RM1 bilion untuk pembangunan, bayangkan rakyat tidak perlu lagi membayar cukai.
“Mudah cakap untung Petronas hanya luak RM14 bilion saja sedangkan pembangunan rakyat dan negeri akan terus berkembang. Tetapi kena ini tidak berlaku? Jawapnya tidak ada keazaman politik,” katanya
Mengenai propaganda umno di luar bandar yang mengatakan jika PAS menang DAP memerintah, Tuan Ibrahim berkata parti itu hanya bertanding 26 kerusi sahaja jadi mereka tidak boleh memerintah. Katanya, di Pahang DAP bertanding dua kerusi parlimen dan tujuh kerusi Dun sahaja jadi itu mumbuktikan propaganda tersebut hanya mainan isu perkauman untuk menang pilihan raya.
“Sekarang ini dimainkan sentimen DAP Cina, seolah-olah MCA yang telah 60 tahun bersekongkol dengan Umno bukan Cina. Walhal dalam DAP ada Cina, ada India dan ada Melayu dan mereka bermesyuarat dalam bahasa Melayu.
“Jadi maknanya sentimen kaum sengaja ditimbulkan supaya orang Melayu merasakan Umno penyelamat. Bayangkan, takkanlah PAS lawan Umno DAP yang menang?,” soalnya.
Serentak dengan itu beliau mengajak penduduk di sini mempertahankan Dun Kuala Semantan (yang dimenangi PAS pada PRU 2008) dan memenangi Parlimen Temerloh pada PRU akan datang.
Cakap boleh la....
ReplyDeleteLast last 1 lot tanah bersamaan 1 buntil tanah..kahkahkah
Amek kau!!!!!!!