Tulisan Menteri Agama (Jabatan Perdana Menteri) Datuk
Seri Dr Mujahid Yusof kepada bekas Naib Presiden PKR yang juga anak perempuan
Datuk Seri Anwar Ibrahim Nurul Izzah, yang bertajuk ‘WARKAH DARI CORDOVA UNTUK
NURUL IZZAH’ yang dituju kepada umum, mendapat pelbagai reaksi daripada
netizen.
Untuk rekod, Nurul Izzah adalah seorang janda.
Ada yang mentah-mentah menolak surat terbuka yang
ditularkan itu sebagai “Menteri Agama dah buang tabiat, tulis surat ‘kasihmesra’
hantar kat publik. Kegilaan apakah ini?”
Seorang pengulas lagi yang menggelarkan dirinya sebagai
Dr. Abdél Rahmanov, pula menulis tindakan Mujahid menulis surat kepada Nurul
Izzah melalui media sosial hanya menyebabkan rakyat semakin hairan dan ketawa
melihat kelakuan beliau sebagai Menteri kabinet.
“Surat yang bersulamkan kata-kata manja seperti
'kekanda' dan 'adinda' bukan kerja seorang Menteri. Biarlah surat begini
ditulis oleh orang lain. Geli telinga membaca surat berkenaan.
“Sepatutnya Mujahid menulis surat terbuka kepada
Moorthy supaya bertanggung-jawab dalam isu kuil dan kematian Allahyarham Adib
serta meletakkan jawatan dengan segera.
“Inilah surat yang sepatutnya ditulis oleh Mujahid
sekiranya beliau anak jantan tulen dan bukan berkias-kias manja dengan anak
perempuan Bang Non!
“Kami cabar Mujahid jika beliau anak jantan tulen!”
Tidak dapat dipastikan sama ada kemesraan begini yang
dimaksudkan oleh Mujahid sebagai Rahmatan lil alamin seperti yang ditag kepada
kementeriannya.
No comments:
Post a Comment