Friday, December 14, 2018

YB Luit rasmi 'kedai makan Melayu di pekan Cina'

Sofian bersama Izhar suami isteri



Adun Luit Sofian Abdul Jalil pagi ini merasmikan sebuah restauran yang baharu dibuka di pekan Sri Jaya, Maran.

Kedai makan yang terletak di bangunan baharu pinggir jalan lama Kuantan-Temerloh itu diusahakan oleh Mohd Izhar Abu Bakar bersama isterinya Norizha 
Abd Rashid dari Felda New Zealand, Maran.

"Bagi saya Izhar telah membuat keputusan tepat kerana mengusahakan kedai makan di kawasan Cina di mana selama ini penduduk sekitar dan mereka yang melalui jalan lama ke Maran, Temerloh, Kuantan dan pantai timur agak sukar mencari kedai makan.

"Jadi sekarang mereka sudah boleh nikmati yang enak makanannya lagi halal. Sebab itulah kita sokong usaha mulia dan murni beliau dan memenuhi tuntutan fardu kifayah, " ujarnya.

Izhar sebelum ini sudahpun mengusahakan warung makan di tempatnya di Felda New Zealand.

Sementara itu, rata-rata yang hadir menikmati jamuan sarapan pagi, memuji dan berpuas hati dengan keenakan hidangan yang disediakan

No comments:

Post a Comment