Kelibat seorang lelaki India yang ditularkan dalam
sebuah video berdurasi sembilan saat dalam insiden rusuhan di kuil Sri Maha
Mariamman, Petaling Jaya minggu lalu, akhirnya diambil kesempatan oleh peniaga.
Terkenal dengan jolokan ‘uncle deyy’ oleh netizen,
gambar aksi seorang ahli perniagaan, S Kanagarajah akhirnya diabadikan pada
cetakan baju-T yang dikatakan begitu laris jualannya pada masa ini.
Aksinya hanyalah mengisyaratkan tangannya sambil menjerit
“deyy!” dan menjelirkan lidah. Namun begitulah kreatif dan inovatifnya golongan
peniaga, cetusan kejadian yang mencemaskan seluruh negara itupun boleh
diciptakan sumber pendapatan.
Aksi dan mimik muka ‘uncle deyy’ itu juga turut berebut-rebut
diajuk dan ditiru netizen dengan begitu melucukan dan ditularkan kembali.
Terdahulu, isu arahan pemindahan kuil tersebut telah
mencetuskan rusuhan di kawasan rumah ibadat berkenaan pada awal pagi Isnin dan
Selasa, yang menyaksikan seorang anggota bomba cedera parah selain perusuh
turut membakar 23 kenderaan dan merosakkan cermin bangunan kompleks One City
yang terletak satu kilometer dari kuil tersebut.
Insiden tersebut turut dipanaskan lagi dengan kenyataan
pantas Ganabatirau, Exco DAP kerajaan Selangor berbangsa India, yang melempar
tuduhan bahawa kumpulan Melayu telah menyerang kuil. Sedangkan polis
mengklafikasikannya sebagai melibatkan "dua kumpulan bangsa India"
atau kumpulan pemaju dan penganut kuil, tanpa menyebut bangsa terlibat.
Seramai 30 individu ditahan polis dalam insiden malang
itu.
No comments:
Post a Comment