Friday, November 30, 2018

PRK Cameron Highlands: BN masih perlukan PAS

Dengan komposisi pengundi Melayu 34%, Cina 30, India 15 Orang Asli 21, sudah tentu BN sekali lagi akan perlukan sokongan padu daripada PAS khususnya bagi mendapatkan undi Melayu.

Pada PRU 14 yang lalu BN melalui calonnya dari MIC Datuk C. Sivarraajh, menang dengan majoriti 597 undi apabila mendapat 10,307 undi.

Manakala saingan terdekatnya Manogaran dari PKR (PH) M. Marimuthu mendapat undi. PAS pula yang buat julung-julung kalinya bertanding di situ diwakili bekas guru Wan Mahadir Wan Mahmud, memperoleh 3,587 undi.


Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini memutuskan kemenangan bagi kerusi Parlimen Cameron Highlands dalam PRU tersebut adalah terbatal dan tidak sah akibat rasuah.

Oleh itu, Menurut laporan Utusan Online, Hakim Datuk Azizah Nawawi memerintahkan agar pilihan raya kecil diadakan bagi kerusi parlimen itu.

Ia hasil daripada tindakan Timbalan Pengerusi DAP Pahang M. Manogaran, 59, yang memfailkan petisyen pada 4 Jun lalu dengan memohon perisytiharan bahawa keputusan pada 9 Mei untuk kerusi tersebut terbatal kerana melanggar Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954.

Ini berikutan Manogaran mendakwa, Sivarraajh merasuah pengundi daripada komuniti Orang Asli untuk mengundinya.

Manogaran mendakwa, Sivarraajh yang berkempen bersama-sama Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail yang kini Menteri Besar Pahang, memberi rasuah antara RM30 dan RM1,000 kepada pengundi Orang Asli melalui beberapa Tok Batin bagi memastikan mereka mengundi calon Barisan Nasional (BN) membabitkan pertandingan lima penjuru.

Dakwa Manogaran lagi, Wan Rosdy yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jelai bagi tiga penggal berturut-turut sejak PRU-11, amat terkenal dalam kalangan pengundi di kawasan itu dan bertanggungjawab memperkenalkan Sivarraajh kepada pengundi Orang Asli.

Dengan trend peratusan mengundi pada PRK yang turun mendadak sejak akhir-akhir ini, undian dari kaum Melayu dijangka menjadi rebutan dan PAS yang dijangka memberi laluan kepada BN, diramal akan diberi tugasan ini terutama di Dun Jelai.

Isu-isu mutakhir juga dijangka akan memarakkan lagi PRK parlimen kedua selepas Port Dickson beberapa bulan lepas.

No comments:

Post a Comment