Thursday, November 22, 2018

Tiada Lagi lesen premis judi baharu di Pahang

Menteri Besar Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail, menjelaskan tiada lagi kelulusan bagi premis perjudiaan yang baharu di negeri ini, malah ia dikurangkan jumlahnya berbanding lesen sedia ada.

Demikian dinyatakan oleh Adun Jengka Shahril Azman Abdul Halim pada hari ketiga Sidang DUN Pahang hari ini.

Katanya, ketika membahaskan soalan ke 10 yang dikemukakan Adun Chenor Mujibur Rahman Ishak yang menanyakan, apakah pihak kerajaan negeri bersedia untuk mengkaji semula aktiviti perjudian yang mendapat lesen premis perniagaan.


“Saya diberikan peluang untuk mengemukakan soalan tambahan. Lalu saya tanyakan apakah pihak kerajaan negeri  berhasrat untuk tidak lagi meluluskan lesen premis perjudiaan dimasa akan datang demi mentaati perintah Allah dan mencari keberkatan?

“Ketika itulah YAB MB Pahang bangun menjawab dan mengesahkan bahawa kerajaan negeri tidak akan meluluskan permohonan premis perjudiaan yang baru bahkan ia berlaku pengurangan sedikit demi sedikit,” tulisnya.

Beliau merakamkan rasa syukur kepada Allah dengan harapan semoga negeri Pahang ini dirahmati Allah dan dikurniakan rezeki yang banyak.

Difahamkan, hari ini merupakan hari terakhir perbahasan belanjawan oleh ahli-ahli dewan yang dibentang oleh Menteri Besar Isnin lalu. Besok akan bermula hujah-hujah penggulungan daripada ahli-ahli mesyuarat kerajaan negeri. Manakala pada Isnin pula penggulungan akan dibuat oleh Menteri Besar.

No comments:

Post a Comment