Oleh FITRY ABDULLAH
Kuantan - Pasukan bola sepak Utara FC telah diraikan
dalam satu majlis ringkas setelah menjuarai Liga Amatur Kuantan di Kedai Meja
Petak Felda Sungai Panching Utara malam tadi.
Majlis meraikan kemenangan tersebut dianjurkan oleh KRT
Sungai Panching Utara dengan kerjasama Pusat Khidmat Masyarakat ADUN Panching.
Dalam perlawanan akhir yang berlangsung pada 29 Oktober
lalu di Stadium Darul Makmur Kuantan. Utara FC telah menumpaskan pasukan GDM FC
dengan jaringan 2-1. Gol-gol dijaringkan oleh penyerang utama pasukan tersebut
iaitu Najmi Amirul Nasir serta jaringan kemenangan oleh Shakir Shukor.
Ketua pasukan Utara FC, Rosidi Abdul Rashid
(gambar), memaklumkan kemenangan ini
adalah percubaan kedua pasukan di pentas akhir setelah mereka tewas di
peringkat akhir pada tahun lepas.
"Kami telah berazam untuk menjadi juara sejak mula
menyertai liga ini kerana kami tewas di peringkat yang sama musim lalu.
"Saya berterima kasih kepada semua pemain yang
memberikan komitmen sejak mula liga lagi. Terima kasih juga kepada YB Ustaz
Tarmizi yang memberi sumbangan dan menyokong pasukan ini," Ujar beliau.
Sementara itu, ADUN Panching Ustaz Tarmizi Yahaya yang
ditemui dalam majlis tersebut turut berbangga kerana semua pemain dari pelbagai
peringkat umur bersungguh-sungguh untuk menjuarai pertandingan ini.
"Saya mengharapkan pasukan ini akan terus maju
jaya dan lebih banyak menjuarai pertandingan-pertandingan yang disertai."
kata beliau.
Ustaz Tarmizi juga membayangkan beliau akan
menganjurkan kejohanan seumpama yang patuh syariah dan akan melibatkan ramai
anak muda di DUN Panching.
No comments:
Post a Comment