GAMBAR HIASAN |
Hujan dan jalan licin pada ketika ini boleh menyebabkan
kemalangan terutama di lebuh raya.
UTUSAN ONLINE melaporkan awal pagi ini 13 November, berlaku
kemalangan melibatkan pertembungan bas dan lori di Kilometer 97 Lebuh Raya
Pantai Timur (LPT) berhampiran Lanchang.
Dalam kejadian tersebut, seramai sembilan penumpang
sebuah bas ekspres cedera selepas kenderan itu merempuh sebuah lori dalam kejadian
kira-kira pukul 1.15 pagi itu sehingga menyebabkan pemandu bas dan pemandu lori
serta kelindan lori mengalami kecederaan.
Memetik Ketua Polis daerah, Asisten Komisioner Zundin
Mahmood berkata, semasa kejadian, bas ekspres yang membawa 25 penumpang
berkenaan dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Kuantan.
"Apabila sampai di tempat kejadian, dipercayai
pemandu bas gagal mengawal kenderaannya lalu melanggar bahagian belakang sebuah
lori yang membawa muatan minyak pelincir di lorong kanan jalan.
"Akibat kemalangan tersebut, sembilan penumpang bas, pemandu bas, pemandu lori dan seorang kelindan mengalami
kecederaan. Mereka dihantar ke Hospital Bentong,".
Pantai Timur yang melibatkan tiga negeri iaitu Pahang,
Terengganu dan Kelantan sedang menghadapi musim tengkujuh dengan hujan berterusan
dan kadangkala diselangi angin kencang setiap hari.
No comments:
Post a Comment