Saturday, November 10, 2018

Hentikan aktiviti pembalakan serta-merta

KUANTAN - Kerajaan negeri di gesa memberhentikan semua aktiviti pembalakan termasuk perlombongan di negeri ini serta-merta.

Pengerusi Lajnah Perumahan, Pengguna Dan Alam Sekitar (LPPAS) Pas Pahang, Andansura Rabu berkata, langkah itu perlu dibuat segera oleh kerajaan bagi memastikan terdapat satu makenisma yang ketat terhadap aktiviti, kawalan dan kesan-kesan akibat aktiviti tersebut.
Menurutnya, justeru, kerajaan negeri perlu berani membuat keputusan itu kerana orang ramai tidak sanggup berdepan dengan pelbagai masalah akibat penerokaan tersebut.


“Dalam hal ini, kerajaan negeri perlu berani buat keputusan untuk hentikan semua aktiviti balak dan lombong serta-merta bagi membolehkan satu makenisma lebih ketat digariskan sebagai usaha tangani masalah ini.

“Saya yakin dan percaya langkah itu (hentikan  aktiviti) mampu membuatkan semua pihak terlibat supaya mematuhi syarat EIA,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Kelmarin, Pengarah Jabatan Pengaliran dan Saliran Pahang (JPS) mendedahkan punca air menjadi keruh disebabkan aktiviti pembalakan di kawasan hutan Pamah Lebar di Raub.

Menyentuh perkara itu, Andansura berkata, walaupun laporan Penilaian Kesan Kepada Alam Sekeliling (EIA) sudah dikeluarkan, namun pihak yang terlibat seolah-olah tidak mematahui syarat-syarat ditetapkan.

Beliau juga berpendapatan, ketidakpatuhan syarat EIA menjadi penyebab kawasan yang mendapat kelulusan untuk ditebang bagi projek pertanian kini dinodai sehingga menyebabkan kawasan tadahan hujan semakin tenat.

“Perkara sebegini amat mendukacitakan...Kalau pihak berkaitan patuh pada syarat EIA dan melakukan penerokaan secara berkala, saya yakin masalah sebegini tidak akan berlaku,” katanya.

Sementara itu, Pengerusi Gabungan Badan Bertindak Menentang Bauksit Kuantan (Geram), Ali Akbar Othman menyuarakan kekesalahan diatas tindakan tidak bertanggungjawab pihak berkaitan dalam melaksanakan aktiviti penerokaan di kawasan itu.

“Walaupun kawasan itu mendapat kelulusan dan ada laporan EIA, sepatutnya perkara seperti ini (kerosakan) tidak akan berlaku.. tetapi ia tetap berlaku disebabkan kerakusan mereka menjalankan aktiviti penebangan balak tanpa patuhi syarat ditetapkan.

“Saya minta kerajaan ambil tindakan tegas mengenai perkara ini...jangan biarkan aktiviti pembalakan berlarutan tanpa ada kawalan sehingga mengundang pelbagai musibah,” katanya.

~~ Sinar Harian Online

No comments:

Post a Comment