Monday, November 12, 2018

"400 pelajar tahun satu di Kuantan tidak boleh membaca"

Seramai 405 orang pelajar sekolah dalam  tahun satu di Kuantan didapati masih tidak boleh membaca, titah Pemangku Raja Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah.

Baginda bertitah demikian ketika merasmikan Bangunan Perpustakaan Awam Pahang yang kini dikenali sebagai Perpustakaan Sultan Haji Ahmad Shah di Kemunting Kuantan pagi tadi.


Baginda turut melahirkan rasa dukacita apabila mengetahui seramai 405 murid tahun satu dari 83 sekolah rendah di seluruh daerah Kuantan yang dikesan menghadapi masalah kesukaran membaca walaupun sesi pembelajaran untuk tahun ini hampir berakhir.


Sementara itu bangunan perpustakaan baharu yang menelan belanja sebanyak RM48 juta boleh memuatkan seramai 2000 org dalam satu-satu masa.

Hadir sama dalam majlis perasmian, Tengku Puan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah; Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail dan Exco Sains, Teknologi, Teknologi Hijau, Komunikasi dan Multimedia Pahang, Datuk Mohammad Fakhruddin Mohd Ariff serta wakil-wakil rakyat seluruh Pahang.


No comments:

Post a Comment