Pelbagai isu
berkaitan Islam dan Melayu yang mulai dipertikaikan oleh pelbagai pihak yang
dikaitkan dengan kerajaan baharu di negara mutakhir ini, mulai mendapat reaksi
daripada tokoh tertentu.
Terbaharu, mantan Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa
Hassan bangun mempersoalkan tindakan pihak yang cuba mempertikaikan hal ehwal
agama Islam yang sudah lama diamalkan, sejak kebelakangan ini.
Melalui catatan di Twitternya, Musa berkata hal ehwal
dan cara hidup Islam kian sering dipertikaikan oleh orang luar daripada Islam
sendiri.
"Mengapa kebelakangan ini bukan Islam banyak
mempertikaikan perkara yang bersangkutan dengan hal ehwal Islam dan cara hidup
orang Islam?
"Adakah peraturan mereka sejagat yang mana tidak
perlu hormati cara hidup orang lain?," tanyanya.
Malah beliau turut bertanya sama ada orang Islam begitu
lemah hingga terpaksa berkompromi.
Persoalan ini ditimbulkan dipercayai susulan isu khatan
wanita yang menjadi perdebatan sejak kebelakangan ini hingga ada yang mendesak
agar amalan itu dilabel sebagai jenayah.
Sebelum itu pelbagai isu seolah-olah mencabar umat
Islam seperti laungan azan, mencium anjing dan sebagainya. Menteri Agama Datuk
Seri Mujahid Yusof sendiri dilihat longgar dalam mempertahankan keperkasaan dan
ketegasan Islam seperti isu LGBT, tangkapan khalwat dan lain-lain.
Dr. Adam Izkandar yang mengikuti twitter Musa menulis,
"sebenarnya ada musuh dalam selimut yang digelar munafik. Melayu Islam
sendiri punca segalanya."
Memang jika dilihat “peperangan” di media sosial,
kelihatan penyokong-penyokong PH (yang menggunakan nama Melayu) tidak henti-henti
mempertahankan apa sahaja tindakan bukan Islam sekutu mereka, termasuk menambah
jika ulamak Islam (terutama dari PAS) jika kelompok berkenaan menghentam dan
mempersendakan.
Zanjaf pula berkata, "umat Islam Melayu lemah
kerana berpecah belah. Musuh-musuh Islam mempertikaikan cara hidup orang-orang
Melayu Islam sampai ke celah kelengkang pun mereka kata ada unsur jenayah. Mana
maruah bangsa dan agamaku?."
Perpecahan yang dimaksudkan adalah pembahagian undi
dalam PRU lepas di mana sokongan orang-orang Melayu terpecah-pecah kepada
mengundi PAS, BN (Umno) dan PH. Sedangkan undi bukan Melayu solid kepada PH dan
mereka akhirnya berkuasa di Putrajaya.
Adi Arfandi pula berkata, "sejak naik (kerajaan
baharu) kepala umat Islam berdiam diri, ada pemimpin pun macam kena tarik
hidung."
Dengan isu ICERD yang mula dicetuskan terutama oleh
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Wytha Moorthy, seolah-olah menjadi inspirasi
dan semangat baharu kepada umat Islam.
Perhimpunan 8 Disember di Kuala Lumpur nanti diharap
menjadi titik tolak kepada kebangkitan semula orang Melayu dan umat Islam
seperti juga isu Natrah dan Malayan Union yang tersimpan di dalam sejarah.
No comments:
Post a Comment