Wednesday, November 14, 2018

Seruan Turun ke Himpunan Aman Bantah ICERD!

Umat Islam yang berhampiran dengan Kuantan dan sekitarnya, dijemput untuk hadir ke perhimpunan aman anjuran pertubuhan-pertubuhan Islam bagi membantah ICERD di perkarangan Masjid Sultan Ahmad 1 Kuantan pada Jumaat (16 November) ini.

Menurut Pengarah Himpunan Aman Bantah ICERD, Dr. Firdaus Ismail, program berkenaan akan diadakan pada jam 1.30 petang iaitu seusai solat Jumaat di Masjid Negeri itu.

Dalam sebaran medianya, Dr Firdaus yang juga Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Pahang berkata, kerajaan Pakatan Harapan sedang merangka untuk meratifikasi Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD).


Akibat ratifikasi yang bakal dilakukan, beberapa klausa di dalam perlembagaan yang menjaga hak kepentingan Melayu dan Islam bakal tergugat.

Himpunan membantah ICERD ini bertujuan untuk mewujudkan kesedaran tentang ancaman kepada umat Islam akibat ratifikasi ICERD tersebut. Himpunan aman ini merupakan gabungan kerjasama antara PAS, UMNO, ISMA, GAMIS, GPMS, PPMS dan NGO-NGO Islam.

Saya menyeru kepada semua umat Islam untuk hadir beramai-ramai ke himpunan ini untuk membantah hasrat kerajaan PH.” 

No comments:

Post a Comment