Thursday, November 29, 2018

PAS Jengka kehilangan dua ahli serentak hari ini

 
Ustaz Shahril (3, kiri) membantu mengangkat
jenazah seusai solat jenazah pagi tadi
Oleh : SHAHRULRUDDIN MUSA

PAS Jengka kehilangan dua ahlinya serentak hari ini Allahyarham Hj. Arshad Baharom, 78, dari  Jengka 15 dan Allahyarham Mohd Zulhusni Mohamad Zin, 31 tahun, dari Jengka 14 meninggal dunia dan dikebumikan hari ini.

Difahamkan Hj Arshad meninggal akibat mengalami sakit jantung manakala Zulhusni pula meninggal akibat cedera parah selepas kemalangan motosikal.

Adun Jengka Ustaz Shahril Azman Abdul Halim Jengka hadir mengimamkan solat Hj Arshad pada jam 9.45 pagi tadi kemudian mengimamkan solat jenazah Zulhusni kira-kira sejam selepas itu.


Shahril berkata: "Benarlah janji Allah setiap yang hidup itu pasti akan mati, cuma manusia tidak tahu bila. Tua atau muda pasti akan mati".

Shahril Azman juga sempat menyantuni para pengunjung  kedai makan sebelum mengimamkan solat jenazah di Felda Jengka 14, sambil beramah mesra dan bertanya permasalahan yang ada dikalangan peneroka dan warga generasi kedua Felda.

No comments:

Post a Comment