Tuesday, November 27, 2018

Doakan anggota bomba yang parah diserang perusuh di Kuil Seafield

Satu status dari Jabatan Bomba dan penyelamat hari ini memohon agar rakyat Malaysia mendoakan pemulihan segera seorang anggota mereka yang tercedera teruk ketika menghadiri operasi kebakaran semasa berlaku rusuhan di kuil Seafield, Subang Jaya awal pagi tadi.

Mangsa, Muhammad Adib Mohd Kassim, 24 tahun,  patah tulang rusuk dan mengalami paru-paru pecah yang berkemungkinan dihentak atau dipijak selepas diserang perusuh di tempat ibadat agama Hindu berkenaan.


Mangsa merupakan anggota ambulans EMRS dari Balai Bomba dan Penyelamat Subang Jaya, yang bergegas ke lokasi susulan panggilan kecemasan pada jam 1.02 pagi.


Kejadian ini berlaku pada hari kedua rusuhan di kuil berkenaan, yang dikatakan berpunca daripada urusan untuk memindahkan kuil yang diumumkan oleh pihak polis pertelingkahan antara pemilik hartanah di situ dengan penganut Hindu yang degil kerana pemindahan sepatutnya berlaku pada 22 November lagi.

Mangsa kini masih lemah, dikatakan dalam keadaan 50-50 dan masih dirawat di wad Unit Rawatan Rapi, Pusat Rawatan Subang Jaya.

Rusuhan yang berlaku dua kali di kuil dalam tempoh beberapa jam itu, mendapat perhatian ramai kerana dibimbangi merebak sehingga melahirkan rasa tidak selesa di kalangan rakyat Malaysia yang berbilang kaum di negara ini. 

Jumlah masyarakat India yang sinonim dengan beragama Hindu, ditaksirkan sekitar 7 peratus daripada keseluruhan 31 juta penduduk di negara ini tetapi merupakan kaum ketiga terbesar.


No comments:

Post a Comment