Ustaz Shahril, tengah, bersama Naib YDP PAS Kawasan, Pak Sheikh Nazri, di majlis berkenaan |
Oleh SHAHRULRUDDIN
MUSA
Adun Jengka Ustaz Shahril Azman Abdul Halim berkata,
tujuan amalan berkhatan di kalangan kanak-kanak lelaki Islam adalah untuk
menjaga kebersihan.
“Berkhatan adalah bertujuan untuk kebersihan diri dan
merupakan amalan yang dituntut dalam Islam yang amat memelihara kebersihan,"
katanya ketika merasmikan program Berkhatan dan Pemeriksaan Kesihatan yang di
adakan di Masjid Lama Rantau Perintis kelmarin.
Sebelum ini terdapat kenyataan liar dan jahil daripada golongan
liberal yang mendakwa amalan berkhatan terutamanya di kalangan kanak-kanak
perempuan Islam, merupakan satu jenayah.
Program berkhatan beramai-ramai dianjurkan Pejabat ADUN
Jengka dengan kerjasama Unit Kemasyarakatan Masjid Lama Jengka.
Seramai 88 orang kanak-kanak tempatan yang berdaftar
untuk berkhatan.
Upacara diserikan dengan semburan air dari pasukan Bomba
dan Penyelamat yang dijemput khas bagi tujuan menyiram kanak kanak tersebut
dengan 7 orang anggotanya.
Manakala Medicom yang diketuai oleh Dr Abdul Razak Mohamed,
bersama enam orang pembantunya menguruskan program berkhatan dengan bantuan kakitangan
perubatan dari Hospital Jengka diketuai Dr Mustaqim Abu Bakar.
Program tersebut mendapat sambutan di luar jangkaan
dengan penyertaan yang seramai tersebut kerana bayaran yang dikeluarkan hanya
RM50 seorang.
Sementara RM30 lagi disumbangkan oleh Adun Jengka. sebanyak rm30.Waris dan Penjaga hanya
MENGELUARKAN sebanyak rm50.
Program tersebut akan dijadikan sebagai aktiviti
Pejabat Adun setiap tahun.
No comments:
Post a Comment