Friday, November 9, 2018

Semua dijemput ke Walimah Perdana 5.0 Tanjung Lumpur

Adun Tanjung Lumpur Ustaz Rosli Abdul Jabar menjemput semua penduduk berdekatan untuk hadir ke Majlis Walimatul urus Perdana 5.0 Dun berkenaan bagi meraikan 14 pasangan pengantin.

Beliau yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang serta Yang Dipertua PAS Pahang berkata, majlis berkenaan akan diadakan pada tarikh 11 November 2018 bersamaan hari Ahad di pantai peranginan Kempadang, Kuantan.


Jamuan kenduri terbuka bermula jam 11.30 pagi sehingga 3 petang.

Dun Tanjung Lumpur telah mmepelopori walimatul urus perdana bagi membantu mempermudahkan pasangan yang ingin melangsungkan perkahwinan dan Dun Tanjung Lumpur telah melaksanakannya selama lima tahun berturut-turut.

Turut diadakan bersempena walimah kali ini, majlis tahnik perdana yang turut melibatkan Kawasan Paya Besar bersama Adun Panching Ustaz Mohd Tarmizi Yahya.

No comments:

Post a Comment