Betulkah Penasihat DAP, Lim Kit Siang, serius untum
membawa DAP keluar daripada kerajaan PH sekarang sekiranya amaran beliau tidak
dipedulikan?
Seperti yang dipetik daripada blognya, Ahli Parlimen
Iskandar Puteri itu berkata, DAP tidak akan teragak-agak meninggalkan kerajaan
campuran sekarang andainya usaha mencapai tujuan Malaysia Baharu diketepikan.
Ini menurutnya, pemimpin DAP yang ada tidak akan
menjadikan diri mereka sebagai MCA 2 atau seperti pemimpin MCA yang hanya
mewakili kaum Cina di Malaysia.
Menurutnya, pemimpin DAP dalam kerajaan akan memainkan
peranan penting untuk membina Malaysia Baharu dan menyelamatkannya daripada
kegagalan, mengamalkan demokrasi olok-olok, kakistokrasi (pemerintahan paling
teruk) dan kleptokrasi global.
“Pemimpin DAP menjadi kerajaan kerana kita boleh
memainkan peranan penting untuk membina Malaysia Baharu dan menyelamatkan
Malaysia daripada membuat demokrasi olok-olok, kakistokrasi dan kleptokrasi
global.
“Pemimpin DAP sama ada di dalam kerajaan atau di luar,
tidak akan ragu-ragu meninggalkan kerajaan campuran jika tujuan Malaysia Baharu
ditinggalkan.
“Pemimpin DAP tidak akan menjadi seperti pemimpin MCA,”
katanya dalam satu kenyataan menerusi blognya, hari ini.
Berbanding MCA, DAP mahu pemimpin dan ahlinya
berpolitik untuk berkhidmat kepada negara dan bukannya untuk diri sendiri sama
ada untuk kekayaan, mendapat hak milik atau kedudukan.
“DAP adalah parti berbilang kaum untuk kesejahteraan
dan kebajikan semua kaum di Malaysia, dan bukan mono-etnik (satu etnik) seperti
dalam kes MCA.
“Kami mewakili semua rakyat Malaysia, sama ada Cina,
Melayu, India, Kadazan, Iban atau Orang Asli manakala MCA mewakili atau
mendakwa untuk mewakili hanya orang Cina di Malaysia,” katanya.
Kit Siang mengeluarkan kenyataan itu bagi mengulas
pandangan ahli perniagaan Clement Hii yang mendakwa beliau resah apabila
masyarakat melihat DAP seperti sebuah lagi MCA jika tidak berusaha melaksanakan
agenda perubahan.
Yang cantiknya, provokasi Kit Siang itu segera
ditingkah oleh Naib Presiden PAS Ustaz Idris Hj Ahmad dalam jawapan balasnya
hari ini.
Katanya, PAS pernah diugut oleh DAP sewaktu Barisan
Alternatif supaya jangan kemuka dokumen negara Islam. PAS bukan parti yang
tidak ada prinsip untuk tunduk kepada kehendak DAP. DAP tidak berjaya cucuk
hidung PAS. PAS bertegas, akhirnya Dap cabut lari daripada BA pada tahun 22
September 2001.
Mursyidul Am sewaktu itu almarhum Tuan Guru Nik Aziz dan
Presiden PAS ialah almarhum Ustaz Fadhil. Itu pun pengampu DAP mengatakan
jikalau PAS dipimpin oleh dua almarhum ini, DAP tidak akan keluar daripada
Pakatan Rakyat. Inilah pembohong (bertaraf) internasional yang buta sejarah.
Sekarang kerajaan PH yang dipimpin oleh Tun Dr Mahathir
diugut. Jika tidak ikut aspirasi Dap, mereka akan keluar. Apabila Dap bercakap
tentang integriti dan good governance
Rakyat pun sudah naik muak dan jelik. Rakyat sudah lihat tujuh bulan
memerintah sikap dan kelaku mereka seperti kaduk naik junjung.
Rakyat ingat, hebat sangatkah menteri di kalangan DAP untuk
memulih ekonomi dan meningkatkan harga getah dan kelapa sawit. Sikap menteri
kewangan Lim Guan Eng yang tidak profesional berhubung isu royalti di Kelantan.
Persoalannya adakah DAP berani keluar daripada
kerajaan? Bukan senang hendak dapat masuk Putrajaya. Bukan senang dapat akses
maklumat kerajaan. Apa yang lebih penting makin banyak peluang ekonomi. Bukan
senang taiko-taiko besar boleh bersama DAP. Semuanya hasil bersama di dalam
kerajaan.
Sekarang rakyat semakin kenal. PAS sudah lama kenal.
PAS pernah berkawan dengan DAP. PAS berpisah kerana prinsip dan berkawan kerana
prinsip, bukan kerana peribadi. Hendak tunduk kepada kehendak DAP, sorry lah ya
(maaf).
No comments:
Post a Comment