Friday, May 18, 2018

Ramadhan, alQuran dan petunjuk

Oleh ROSLI ABDUL JABAR

Hari pertama tazkirah Ramadhan di Surau Kg Anak Air, Peramu, Tanjung Lumpur.

Allah memilih ramadhan untuk diturunkan Al Quran yang menjadi petunjuk kepada manusia, kerana itulah bulan ini digelarkan dengan ramadhan kareem.

Al-Karim atau Karimun secara literal berarti mulia. Karim juga memiliki makna lain yaitu maha pemaaf dan maha pemberi pertolongan.

Ramadhan juga disebut sebagai bulan barakah, kerana Al Quran itu adalah kitabullah yang dipenuhi oleh Allah dengan keberkatan atau kebaikan bagi sesiapa yang menjadikan ia sebagai petunjuk.


Ia adalah petunjuk arah untuk manusia menuju kepada kemuliaan diatas dunia dan juga kebahagiaan kehidupan akhirat, kerana itulah diakhir ayat ini Allah menyebutkan kalimah "mudah2an kamu bersyukur".

Bersyukur didalam ayat ini kerana :

1. Allah menurunkan Al Quran sebagai petunjuk, jika tiada Al Quran ataupun manusia tidak menjadikan Al Quran sebagai perunjuk pastinya manusia berada didalam keadaan kesesatan.

2. Allah menjadikan Islam itu sebagai agama yang mudah, yakni dipermudahkan oleh Allah segala urusan ibadah manusia kepadanya, Allah memudahkan manusia untuk berhubung dengannya, jika manusia itu tidak mampu solat dlm berdiri maka bolehlah ia duduk, begitulah juga puasa jika ia sakit atau bermusafir maka diizinkan kepadanya berbuka dan gantikannya semula ketika ia kembali sihat atau dalam keadaan bersedia untuk berpuasa, Allah permudahkan urusan manusia untuk berinteraksi dengannya.

Sebagai tanda kesyukuran maka bertakbirlah, kalimah 'Allahuakbar' kalimah yang dilafazkan didalam takbir raya adalah tanda manusia membesarkan Allah dengan menjalani ibadah puasa.

Ia juga membawa maksud supaya kita sentiasa membesarkan Allah didalam kehidupan, tidak kira apa jua urusan kehidupan kita, makan minum, kerja buat, urusan sesama manusia, memilih pemimpin atau termasuk urusan politik mesti kita membesarkan Allah iaitu jadikan Islam sebagai panduan sebelum kita membuat sesuatu keputusan.

Walaupun ada yang mengatakan bahawa pilihanraya itu kita memilih parti bukan memilih agama, ini adalah pandangan manusia yang memisahkan agama dan politik, sedangkan tiada sesuatu pun yang boleh kita pisahkan dengan agama hatta untuk memilih pakaian mestilah kita memilih yang bertepatan dengan agama. Memilih makan minumpun mesti memilih yang halal, kita tiada pilihan, melainkan kita kena memilih dan pilihan yang tepat ialah memilih apa yang diperintahkan oleh Allah untuk kita pilih.

Orang yang bersyukur pastinya akan memilih sesuatu yang diperintahkan oleh Allah swt, kerana tiada petunjuk paling sebenar yang akan membawa manusia supaya bebas dari kehinaan didunia dan Akhirat melainkan apa yang telah ditunjuki oleh Allah swt.

Ustaz Rosli Abdul Jabar
ialah Pesuruhjaya PAS Pahang
Adun Tanjung Lumpur

No comments:

Post a Comment