Saturday, May 12, 2018

Benteng Umno di Felda mulai runtuh

FELDA yang pernah menjadi benteng ampuh Barisan Nasional (BN) khususnya UMNO, mulai rebah apabila satu persatu kawasan itu dikuasai Pakatan Harapan.

Buat pertama kalinya menerusi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14), sebanyak 27 daripada 52 kawasan penempatan FELDA yang pernah menjadi kubu kuat UMNO bertukar tangan kepada PAS dan PKR.

BN pastinya paling tersentak dengan keputusan itu, apabila bukan saja gagal menunjukkan taring tetapi turut memberi gambaran legasinya sudah berakhir.


Tidak dinafikan, sebahagian besar kemenangan BN pada pilihan raya lalu adalah hasil sokongan penduduk luar bandar dan FELDA.

Bagaimanapun, PKR sememangnya dijangka membolot lebih daripada lima kerusi di Johor berdasarkan calon yang ditampilkan, namun keupayaan memperoleh sehingga 27 kerusi adalah di luar jangkaan banyak pihak.

Lapan kerusi dirampas PKR daripada BN di Johor adalah Segamat, Sekijang, Labis, Pagoh, Ledang, Simpang Renggam dan Tebrau.

Antara muka penting yang tewas dalam pertarungan kali ini adalah Presiden MIC, Datuk Seri Dr S Subramaniam di Parlimen Segamat; Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai (Parlimen Bentong) dan penyandang Parlimen Simpang Renggam, Datuk Liang Teck Meng.

Faktor umur, prestasi khidmat dan maklum balas pelbagai pihak antara perkara diambil kira pengundi dalam menentukan kemenangan parti bertanding.

Rakyat semakin terbuka dan bijak memperhalusi sesuatu perkara terutama membabitkan isu semasa yang berlaku di kawasan terbabit.

Hakikat FELDA bukan lagi kubu kuat BN amat pahit untuk ditelan, lebih-lebih lagi dengan sejarah penubuhan dan pembentukan institusi itu yang sinonim dengan pembangunan tanah, perindustrian dan komersial sosial ekonomi.

_ Berita Harian Online



No comments:

Post a Comment