Wednesday, May 23, 2018

Walimah Perdana kembali lagi



KUANTAN: Pejabat Adun Tanjung Lumpur sekali lagi menawarkan program walimah perdana untuk tahun kelima kali ini dan pendaftarannya sedang dibuka.

Dalam page Adun Tanjung Lumpur, program yang sentiasa mendapat sambutan ramai itu akan diadakan pada lima November tahun ini dan lokasi kenduri akan dimaklumkan.

Menurutnya lagi,  setiap pasangan akan dikenakan bayaran sebanyak RM1,500 sahaja dan syaratnya salah seorang pasangan pengantin mestilah bermastautin didalam Parlimen Kuantan.


Program ini lebih kepada bantuan kepada pasangan yang ingin mendirikan rumah tangga tetapi terkekang akibat kos perkahwinan yang begitu tinggi pada masa ini. Dengan itu bagi bakal pengantin lelaki hendaklah pendapatannya tidak melebihi RM3,000 ringgit sebulan.

Untuk itu juga, perkahwinan poligami tidak dibenarkan. Selain daripada itu pasangan mestilah memenuhi syarat yang telah ditetapkan oleh pihak Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP).

Sebelum ini kenduri walimah perdana telah diadakan di Pantai Sepat dan Pantai Kempadang di sini dan majlis akad nikah diadakan di Masjid Al-Fatah Batu3. Manakala tahun lalu program berlangsung di Kampung Sungai Ular berikutan gabungan dengan kawasan Parlimen Indera Mahkota.

Selain daripada kenduri, kebiasaannya tetamu yang hadir turut dihiburkan dengan persembahan nasyid serta pameran daripada agensi-agensi kerajaan seperti Bomba dan Penyelamat, Jpam, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan lain-lain lagi.

Bagi walimatul urus 5.0 ini, borang penyertaan boleh didapati diPejabat ADUN Tanjung Lumpur berhadapan Petronas Tanjung Lumpur dan Pejabat ADUN Tanjung Lumpur di Perumahan Sungai Isap Fasa 3.

Untuk lanjut boleh menghubungi: Sulong (014 5061800) dan Hj Fadhil (019 9503904). 

No comments:

Post a Comment