Monday, May 14, 2018

Adnan kekal atau MB Pahang bertukar esok?



Adakah kelewatan membentuk kerajaan negeri Pahang, iaitu setelah lima hari selepas PRU 14, disebabkan negeri ini akan mendapat Menteri Besar yang baru?

Terbaru, Sinar online menyebut Majlis Pengurniaan Surat Pelantikan dan Mengangkat Sumpah Jawatan Menteri Besar serta Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) dijadualkan berlangsung di Istana Abu Bakar, Pekan, esok (Selasa).

Bagaimanapun berdasarkan kepada jemputan kepada media, majlis yang dijadualkan  jam 3 petang itu tidak dinyatakan siapa yang bakal dilantik sebagai Menteri Besar dan barisan Exco yang dilantik.


Majlis Pelantikan Menteri Besar yang sepatutnya berlangsung 12 Mei lalu ditangguhkan sehingga satu tarikh yang akan ditetapkan sebelum bermulanya Ramadan.

Sementara Sinar cetak hari ini pula menyiarkan jika Adnan tidak lagi dipilih menjadi Menteri Besar kemungkinan Adun Inderapura Dato’ Sri Shafik Fauzan atau Adun Jelai Dato’ Sri Wan Rosdy akan menggantikan tempat beliau.

Namun di luar, ramai yang percaya Adun Peramujaya Dato' Sri Sheikh Puzi atau Adun Lanchang Dato' Sri Mohd Sharkar juga berpeluang jika Adnan menolak jawatan MB.

Namun begitu, tidak mustahil berlaku kejutan di mana seorang Menteri Besar baru dilantik dari kalangan Adun yang tidak disangka-sangkapun.

Adnan yang juga Adun Pelangai menerajui negeri Pahang sejak 1999 menggantikan Tun Khalil Yaakob yang ditarik ke Pusat.

PRU 14 memperlihatkan buat pertama kali BN kehilangan dua pertiga majoriti dalam Dun di mana PAS memenangi 8 kerusi, Dap 7 dan PKR dua.

Lebih parah, buat pertama kali Pahang kini menjadi negeri pembangkang justeru BN kalah kepada Pakatan Harapan di peringkat Kerajaan Pusat.


Senario inilah yang dikatakan Adun-adun BN 'bertolak-tolak' tidak berselera lagi menjawat kerusi panas itu.

No comments:

Post a Comment