Kerajaan PAS tidak ingin
melihat rakyat terus hidup miskin dan ‘ikat perut’, sebaliknya akan terus membantu
hidup berdikari memajukan dan sosio-ekonomi mereka. Pelbagai usaha akan
dilakukan agar dapat dikeluarkan daripada putaran
ganas kemiskinan dan tidak terus tercicir
daripada arus perdana.
Selain daripada melakukan pelbagai usaha untuk membasmi
kemiskinan dalam strategi jangka panjang, pemantauan berterusan dilakukan
supaya golongan ini menikmati faedah daripada program yang dilaksanakan bagi impak
jangka pendek.
Oleh itu satu tabung kebajikan dan sosial rakyat akan ditubuhkan oleh kerajaan negeri di mana kumpulan rakyat termiskin di seluruh negeri akan dibela melalui agihan beras dan barangan keperluan harian secara bulanan.
Melalui skim ini, rakyat yang lahir di
Pahang, atau telah bermastautin lebih 10 tahun di negeri ini, berpendapatan di
bawah RM1,000 sebulan atau ditakrifkan miskin, layak menerima bantuan. Ianya
terbuka kepada semua kaum.
Para penerima ini akan diberi bantuan makanan asas seperti beras, minyak masak, gula, tepung, susu dan yang seumpama setiap bulan. Untuk memudahkan, bantuan ini akan diagihkan melalui Dun masing-masing.
Dengan inisiatif ini, sudah tentu dapat meringankan beban rakyat yang amat memerlukan bantuan
dan pembelaan tambah-tambah lagi di saat sedang dihimpit beban kenaikan berterusan
harga barangan makanan dan minyak serta malapetaka GST.
Model dan inisiatif seumpama ini telah berjaya memberi manfaat kepada rakyat sebagaimana dilakukan oleh Kerajaan Kelantan melalui program al-It’am dan program Inisiatif Peduli Rakyat (IPR) di Selangor.
Model dan inisiatif seumpama ini telah berjaya memberi manfaat kepada rakyat sebagaimana dilakukan oleh Kerajaan Kelantan melalui program al-It’am dan program Inisiatif Peduli Rakyat (IPR) di Selangor.
Di Pahang pula pada masa ini,
kerancakan adun-adun PAS membantu dan membela rakyat termiskin melalui
sumbangan barangan golongan sasar boleh dijadikan sandaran.
No comments:
Post a Comment