Perkahwinan
adalah sunnah yang sangat dituntut di dalam Islam dan ia merupakan fitrah
semula jadi. Melalui proses inilah yang menyebabkan berkembangnya umat manusia hingga
ke hari ini.
Namun hasrat
murni ini sering kali terhalang disebabkan beberapa faktor, antaranya kekangan
kewangan. Hal ini disebabkan kos yang tinggi bermula daripada wang hantaran
hinggalah urusan belanja kenduri dengan kos barangan yang mahal serta pelbagai
keperluan lain sehingga ada yang menjangkau belanja melebihi RM20,000.
Angka ini
tentulah tinggi terutama kepada mereka yang baru bekerja atau yang telah lama
tetapi berpendapatan sederhana. Namun ia seolah-olah sudah menjadi trend
masyarakat. Jadi tidak hairanlah ada di kalangan para belia memilih untuk terus
membujang sedangkan ini menyalahi cara hidup Islam. Perkahwinan yang sepatutnya
tempat menyemai kasih sayang, mendapatkan zuriat bertukar menjadi impian yang
menakutkan.
Kesan
buruknya pula, bagi yang tidak mampu menjaga diri dari maksiat. Telah
berleluasanya masalah anak-anak luar nikah. Menurut rekod Jabatan Pendaftaran
Negara, sebanyak 532,158 kelahiran anak tidak sah taraf atau anak luar nikah
didaftarkan dari tahun 2005 hingga 2015. Angka ini sudah tentu menggerunkan dan
merungsingkan.
Dengan itu
PAS telah memulakan inisiatif walimah perdana atau majlis perkahwinan
beramai-ramai di mana ia dapat membantu golongan berpendapatan rendah
mendirikan rumah tangga. Ternyata alternatif ini dapat menjimatkan kos kewangan
yang sepatutnya digunakan untuk menguruskan kehidupan keluarga selepas
perkahwinan.
Sepanjang
beberapa tahun sejak dipelopori PAS, konsep walimah perdana ini juga dapat
mengukuhkan hubungan silaturahim antara semua pihak tanpa mengira latar
belakang. Paling penting, perkahwinan yang sepatutnya dipermudahkan dalam agama
dapat dilaksanakan tanpa membebankan terutamanya kepada pengantin lelaki.
Usaha PAS
ini, malah telah dituruti pelbagai pihak sama ada NGO mahupun jabatan kerajaan
setelah mereka menyedari kebaikannya.
Dengan itu,
PAS Pahang menawarkan bantuan melalui walimah perdana kepada pasangan-pasangan
yang layak menggunakan prasarana kerajaan negeri. Tawaran ini juga terbuka
kepada pasangan bukan Islam asalkan layak.
No comments:
Post a Comment