JERANTUT: Adun Tahan Ustaz Mohd Zakhwan Ahmad Badardin meninjau
sumber air bagi penduduk sekitar Kampung Pagi bagi memastikan kesihatan dan
keselamatan pengguna selamat dan tidak terjejas.
Program yang bermula pada pagi Khamis (semalam) itu
turut disertai Pegawai Jabatan Hutan Daerah Jerantut, Encik Zarin Ramlan dan Inspektor
Kesihatan Bahagian Unit Air Masyarakat Encik Anuar beserta pegawai-pegawainya.
Rombongan dibawa menyelusuri serta melihat keadaan Sungai
Betong yang merupakan sumber dan punca air seluruh penduduk Kampung Pagi dan
sekitar.
Sesetengah penduduk kawasan di situ masih menggunakan
sumber air semula jadi yang ditadah dari bukit dan gunung. Namun yang
membimbangkan ada juga sesetengah kawasan tidak jauh dari situ sudah diteroka
dengan pembalakan dan perladangan komoditi. Ini membuatkan ada anak sungai yang
kotor atau tercemar.
“Kami berhenti setakat di Kem Betong sahaja apabila
melihat keadaan air di situ berada dalam keadaan jernih,” tulisnya dalam status
di facebook miliknya.
Kem Betong merupakan salah satu tempat perkhemahan
selain Lata Layang-layang di Kampung Pagi yang menjadi tempat tarikan pelancong
yang gemarkan aktiviti lasak dan perkhemahan bagi yang memilih lokasi di ulu
Pahang dan Taman Negara.
“Dari Kem Betong ke tempat tadahan air Sungai Betong
terletak kira-kira jarak perjalanan 3.5 kilometer berjalan kaki. Yang berminat
untuk sampai ke Kem Betong dan Lata Layang-layang boleh mendapatkan permit
masuk dari Jabatan Perhutanan Daerah Jerantut,” tulisnya.
Zakhwan juga berpandangan beberapa kawasan menarik di
ulu Pahang ini berpotensi untuk dimajukan sebagai produk pelancongan dan dengan
alam sekitarnya yang masih amat bersih di kelilingi hutan tropika antara tertua
di dunia, dijangkakan mampu untuk menarik pelancong dan pencinta alam semula
jadi dari dalam dan luar negara untuk bersantai.
Turut bersama ialah Ketua Kampung Pagi dan beberapa
orang penduduk kampung. Program diteruskan dengan majlis berbuka puasa di Kampung
Besul dan diakhiri dengan Solat Isyak, Sunat Tarawih dan Tazkirah Ramadhan di
Surau Kuala Retang.
1. Zakhwan (empat dari kiri, berbaju merah hati) bersama rombongan di Kem Sungai Betong, ulu Pahang
2. Rombongan melihat air Sungai Betong, punca air penduduk, masih bersih
No comments:
Post a Comment