Calon PKR Lanchang hari ini menerima kejutan dan tamparan hebat apabila
jentera partinya sendiri berpaling tadah dengan menyokong calon bebas pada PRU
kali ini.
Dalam blog Pahangdaily (PDO http://pahangdaily.blogspot.my/2018/05/pkr-temerloh-runtuh-naib-ketua.html?m=0)
dimuatkan cerita Naib Ketua PKR Cabang Temerloh, Tuan
Haji Abdul Rahman Tan Sulaiman atau lebih dikenali sebagai "Cikgu
Thar" dan Bendaharinya, Raja Abdullah Raja Jaafar atau "Raja
Lanchang" serta pengikut mereka berikrar memberi sokongan penuh kepada
calon Bebas, Khaidir Ahmad.
Dikatakan, mereka bertindak demikian berikutan tidak puas
hati dengan tindakan pucuk pimpinan parti meletakkan yang mereka anggap calon import parti itu iaitu Abas Awang. Abas yang berasal dari Kuala Triang adalah ‘orang kuat Anwar’
dari Abim, bekas Pengarah Pendidikan dan sebelum ini telah tewas dua kali di Dun Cheka pada dua PRU lepas.
Serentak dengan itu, mereka yang tidak berpuas hati
telah menyerahkan Bilik Gerakan Utama PKR Lanchang kepada Khaidir untuk
dijadikan bilik operasi calon bebas Tok Gajah itu bagi kerusi Parlimen Temerloh
dan DUN Lanchang.
Pada PRU yang lepas PKR Dun Lanchang juga bergolak
apabila anak tempatan tidak berpuas hati apabila pucuk pimpinan parti pada masa
itu telah memilih Ketua Cabang Ahmad Nizam Hamid bertanding menentang Dato’
Mohd Sharkar Shamsudin yang mewakili BN. Bagaimanapun pada masa itu Nizam memperolehi
sokongan padu daripada PAS.
Pada PRU kali ini Dun Lanchang memperlihatkan saingan
empat penjuru di mana Sharkar akan bertanding sekali lagi mewakili BN, Hasan
Omar (PAS), Abas (PH) dan Khaidir (Bebas).
No comments:
Post a Comment