Friday, June 22, 2018

Tuan Ibrahim imamkan solat jenazah aktivis PAS Chenor



MARAN: Hampir tiga ratus hadir solat jenazah akitivis PAS Mohd Ali Sedek, 61 tahun, selepas asar tadi yang diimamkan oleh Timbalan Presiden PAS Dato Tuan Ibrahim Tuan Man di surau Tuan Guru Mohd Baqi, Lanting dekat sini.

Turut hadir Adun Chenor Ustaz Mujiburrahman Ishak, Timbalan Pesuruhjaya PAS Pahang Hj Md Jusoh Darus, bekas Pesuruhjaya PAS Pahang Tuan Guru Mohd Baqi Othman, Yang Dipertua PAS Maran Hasenan Haron serta pimpinan peringkat negeri, kawasan dan dun.

Arwah yang meninggalkan seorang balu dan 11 orang cahaya mata menghembuskan nafas kira- kira jam dua petang tadi dipercayai komplikasi kanser pundi kencing.

Menurut Ketua Penerangan PAS Maran Ustaz Aris Hazlan Ismail, arwah bagaimanapun telah menjalani pembedahan di Kuantan.

"Namun kesihatannya kembali merosot kira-kira seminggu lalu setelah terjatuh dan tidak sedarkan diri.

"Saya bagi pihak PAS Kawasan merakamkan ucapan takziah dan rasa dukacita yang amat sangat dengan kehilangan seorang amilin PAS yang sangat bertanggungjawab dan telah berpuluh tahun mewakafkan dirinya bersama jamaah, katanya.

Jenazah arwah yang banyak berjasa membantu perjuangan Islan di petingkat akar umbi, sempurna disemadikan di tanah perkuburan Islam Kampung Lanting, Chenor.

Sementara itu Adun Chenor Ustaz Mujiburrahman berkata seorang anak allahyarham iaitu Amirul merupakan pembantu peribadinya sejak pilihan raya dan selepas menang di Dun Chenor.

Alfatihah...

No comments:

Post a Comment