Saturday, June 23, 2018

Adun PAS temui Husam di kenduri di Temerloh

TEMERLOH: Meskipun berlainan parti politik, ia tidak menghalang Adun Chenor Ustaz Mujiburahman Ishak serta ahli-ahli PAS lain untuk terus menghubung silaturahim dengan hadir ke majlis perkahwinan anak sahabat baiknya yang sebelum ini bekas AJK PAS Kawasan Temerloh Amiruslan Manaf.

Amiruslan yang kini menyeberang ke Pan mengadakan majis pernikahan puterinya Anis Nabila Amiruslan di dewan Sekolah Rendah Cina Khee Chee di sini hari ini.

Lebih mengujakan, beliau Ustaz Mujib juga sempat bertemu dengan Naib Presiden Pan Husam Musa serta rakan-rakan bekas ahli PAS.

Turut ditemui ialah bekas Adun Triang dan Tanah Rata Leong Ngah Ngah, Timbalan Pengerusi PKR Pahang yang juga orang Chenor Ahmad Nizam Hamid serta pimpinan pelbagai peringkat dari parti-parti komponen Pakatan Harapan.

Amiruslan sebelum ini dikenali sangat rapat dengan Presiden Pan Mohamad Sabu.

Ustaz Mujib berpendapat budaya politik matang dan sejahtera (BPMS) yang diamalkan PAS akan tetap menarik perhatian golongan muda pada suatu hari nanti.

No comments:

Post a Comment