Entah mainan saraf siapa, tiba-tiba ada yang mengatakan
parti komponen Pakatan Harapan (PH) PKR akan bekerjasama atau bergabung dengan
Umno dan PAS bagi meminggirkan Bersatu dan Dap.
Semua ini sebagai salah satu telahan-telahan politik
selepas berakhirnya PRU 14. PAS sendiri tidak melayan mainan saraf ini. Namun Ketua
Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam menafikan dakwaan bahawa beliau dan
PKR sedang berunding untuk bekerjasama dengan Umno dan PAS bagi menubuhkan
kerajaan Islam.
"Orang yang fikir idea ini adalah kerja gila dan
memang mereka yang otak jahat saja yang boleh fikir macam ini.
"Kita bertungkus lumus, dipukul setengah mati, apa
guna saya nak berpakat begitu rupa," kata Anwar dalam temubual khas dengan
The Malaysian Insight.
Beliau berkata demikian susulan khabar angin disebarkan
yang mendakwa PKR yang mempunyai 49 anggota parlimen sedang berunding untuk
bekerjasama dengan 79 anggota Parlimen BN dan 18 anggota parlimen PAS.
Mereka mendakwa, jika ketiga-tiga parti itu bergabung
mereka boleh membentuk kerajaan berteraskan Islam berbanding dengan Pakatan
Harapan (HARAPAN) yang sekarang didominasi oleh anggota parlimen bukan Melayu.
Anwar berkata beliau tidak kisah sekiranya berita itu
disebarkan oleh Umno, namun idea tersebut turut disebarkan oleh segelintir
pendukung PH sendiri.
Kata orang, jika tidak ada angin masakan pohon
bergoyang. Sebenarnya di celah-celah keghairahan kemenangan gilang-gemilang PH,
sudah ada suara-suara yang nadanya tidak begitu seronok dengan tindak-tanduk
Perdana Menteri Tun Dr Mahathir yang juga Pengerusi PH.
Antaranya ialah tenggelamnya “janji 100 hari” yang
ditawarkan kepada pengundi di mana diakui oleh Tun M sendiri kini bukan lagi
keutamaan. Banyak lagi percanggahan dengan kehendak umum, terbaru ialah kontroversi
pelantikan Tommy Thomas sebagai Peguam Negara yang dikatakan peringkat awal
kurang dipersetujui oleh Yang Dipertuan Agong.
Ada juga yang melihat, sudah terbit "percanggahan" pada stail dan juga penyokong yang ketara antara Tun M dan Anwar.
Berdasarkan ini, kita percaya pakar peniup saraf tidak akan berhenti terus meramal itu dan ini.
No comments:
Post a Comment