Tuesday, June 26, 2018

Adun Panching ziarah kanak-kanak paru-paru bernanah

KUANTAN: Nasib adik Muhammad Hisyamuddin berusia tiga  tahun setengah yang menghidap paru-paru bernanah sejak bayi lagi, mendapat perhatian Adun Panching Ustaz Tarmizi Yahya.

Ustaz Tarmizi bersama Sekretariat Pusat Khidmat  Adun menziarahi Muhammad Hisyamuddin di Taman Perumahan Awam Kos Rendah (PAKR) Bukit Rangin semalam dengan menyampaikan sedikit bantuan.


Menurut ibu kanak-kanakj berkenaan, Puan Norfardilatul Akmar, 30an, Muhammad Hisyamuddin menghidap kelainan paru-paru seakan-akan mengecut dan menyebabkan beliau kesukaran bernafas sejak bayi. Kini anak lelakinya itu bergantung kepada mesin pam oksigen yang diberi pinjam secara sementara oleh Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) Kuantan.

Katanya kos mesin tersebut bernilai RM10,000 sedangkan suaminya hanya bekerja sebagai pengawal keselamatan manakala beliau tidak bekerja kerana terpaksa menjaga anak-anak.

Ustaz Tarmizi sebelum itu menziarahi Puan Maslina bekas pesakit kanser di Taman Pandan Damai 1 yang kini meneruskan kehidupan seharian dan bergelut bersendirian tanpa suami di sisi melawan penyakitnya.

Beliau bekerja sebagai pembantu pra-sekolah dengan pendapatan sebanyak RM54 sehari sdi SK Permatang Badak dengan menanggung tiga orang anak yang masih bersekolah rendah.

Ustaz Tarmizi yang juga Yang Dipertua PAS Kawasan Paya Besar baharu sahaja mengambil alih Dun Panching setelah memenanginya pada PRU lepas. Beliau dikatakan antara Adun PAS yang aktif turun padang secara rutin melawat dan memberi sumbangan kepada rakyat di kawasannya di mana beliau bekerja lama sebelum PRU lagi.

Ustaz Tarmizi sedang menyantuni Muhammad Hisyamuddin yang petah meskipun kesukaran bernafas




No comments:

Post a Comment