Sunday, June 10, 2018

PAS kehilangan seorang amilin istiqamah


BANDAR JENGKA: PAS Kuala Krau kehilangan seorang pekerja parti yang sangat komited dengan tugasan jamaah apabila Nunkhairi Mohd, 63, kembali  ke rahmatullah kira-kira jam 2.15 petang semalam (Ahad) dipercayai akibat komplikasi diabetis dan asma.

Mesra dengan panggilan Kak Ani, almarhumah merupakan Ahli Jawatankuasa Muslimat PAS Kawasan Kuala Krau juga isteri kepada Naib Yang Dipertua PAS Kawasan Kuala Krau, Haji Nazri Hussin atau Pak Syeikh.


Jenazah almarhumah telah disolatkan kira-kira jam 10 pagi tadi di Masjid Lama Rantau Perintis, di sini dan turut dihadiri Timbalan Presiden PAS yang juga Ahli Parlimen Kubang Krian Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dan Adun Jengka Ustaz Shahril Azman Abdul Halim serta orang ramai.

Jenazah seterusnya disemadikan di tanah perkuburan Pusara Damai Bandar Jengka dan talkin dan tahlil dipimpin oleh Tuan Ibrahim.

Sementara itu Ustaz Shahril mengucapkan takziah kepada keluarga arwah dan Pak Syeikh Nazri di atas pemergiannya seraya mendoakan kesejahteraan keatasnya.

Katanya, PAS kawasan sangat terasa kehilangan di atas pemergian arwah. Arwah adalah seorang yang kuat bekerja memenangkan PAS setiap kali pilihanraya. Bahkan beliau sentiasa terlibat dalam program kebajikan membantu orang ramai semasa hayatnya.

Semoga Allah mengampuni dan merahmati arwah dan menempatkannya bersama dengan para solehin di sana nanti apatah lagi di sepuluh terakhir Ramadan yang mulia ini. Semoga Allah menjauhkan arwah dari azab kubur dan azab neraka serta memasukkannya ke dalam syurga.

No comments:

Post a Comment