Dakwaan Dr Idris, iaitu seorang lagi calon Menteri Besar (MB) Selangor bahawa perisytiharan Amirudin Shari sebagai MB yang baru bagi negeri itu bukan calon pilihan Pakatan Harapan dianggap sebagai suatu yang berat.
Ini bermakna kerajaan Selangor boleh lumpuh jika komponen PH memboikot sebarang keputusan atau tindakan yang diambil MB berkenaan.
Dr Idris mendakwa demikian dalam satu sidang media di rumahnya pagi ini, serentak dengan majlis angkat sumpah pelantikan MB Selangor di istana negeri.
Malah Dr Idris memberitahu, beliau adalah satu-satunya calon pilihan PH yang diangkat nama ke pihak istana.
Dalam pada itu, Tv3 menyiarkan Dr Idris dalam nada kecewa menyalahkan fitnah yang disebarkan kononnya beliau telah menyalahgunakan wang PTPTN sehingga namanya digugurkan saat-saat akhir.
Amirudin dan Dr Idris kedua-duanya menang di atas tiket PKR pada PRU yang baru lalu. Pada mulanya jawatan MB disandang oleh Datuk Seri Mohd Azmin Ali selepas keputusan PRU 9 Mei lalu.
Namun selepas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir menamakan Azmin sebagai Menteri Ekonomi di peringkat Pusat, dan Azmin lebih berminat bertukar angin dari negeri.
Ada yang mengatakan, perpecahan di antara Adun-adun PKR telah ternampak bibit-bibitnya sejak sebelum PRU lagi.
Situasi yang berlaku ini dijangka akan terus menarik perhatian ramai dan kini terpulanglah kepada Amirudin yang dipilih menduduki kerusi panas itu, untuk menyatukan kembali bibit perpecahan di negeri termaju di Malaysia itu.
No comments:
Post a Comment