Thursday, June 28, 2018

Zikir UG yang telah tiada fadilatnya

Oleh ROSLI ABDUL JABAR


Kalimah UG menjadi amalan zikir hari an, sepertinya amalan wajib atau setidaknya sunat muakad oleh pimpinan dan penyokong Pakatan Harapan (PH) sebelum PRU 14, kini di waktu pascanya zikir itu kian sayup dan ghuyub, tidak lagi jadi amalan, mungkin kini dah jadi bidaah tak ada fadhilatnya.

UG difahamkan maknanya oleh PH pada rakyat ialah PAS nak masuk UMNO, segala dalil dan bukti merapu digunakan untuk sahkan zikirnya adalah soheh. Pakaian Datuk Seri Tuan Guru Presiden sedondon dengan DS Najib, PAS sepentas dengan DS Najib dalam solidariti Rohingya dan macam-macam lagi dalil merapunya.


Masa pemimpin utama PH sedang berasmara dan berkasih sayang dengan Umno, PAS dah lawan Umno, sampai sekarang pun tak pernah berhenti. Perjuangan PAS untuk tegakkan Islam tak pernah berubah walau siapapun kerajaannya termasuk PH. PAS hanya akan bersama dengan mana-mana parti yang bersedia untuk sama-sama daulatkan Islam ataupun sekurang-kurangnya tidak menentang agenda Islam yang dibawa oleh PAS.

Pasca PRU 14, PAS menang tiga kerusi di Perak dan 15 kerusi diKedah. BN kelam kabut ajak PAS bersama untuk tubuh kerajaan Perak, juga Kedah yang masih dalam kemelut pelantikan speaker. PAS dilihat sebagai talian yang dapat mengalirkan kuasa untuk parti dapat memerintah dengan selesa.

PAS menawarkan UG, iaitu sebuah kerajaan tanpa blok pembangkang, bukan tak boleh bangkang tapi tanpa blok pembangkang. Semua parti sama-sama membina kerajaan. Ini maksud sebenar UG bukan maknanya seperti yang telah diselewengkan oleh PH iaitu PAS nak gabung umno.

PH tolak cadangan PAS sebab PH nak perintah sendiri, tak nak campur parti lain, maka berlakulah pujuk memujuk, rayu merayu atau mungkin juga ada urusan jual beli manusia supaya wakil rakyat Umno yang selama ini dicaci maki PH kerana bersekongkol dengan parti yang siang malam dimaki PH iaitu umno untuk menyertai PH bagi tujuan kukuhkan kedudukan PH.

Pasca PRU 14 telah menyekolahkan rakyat terhadap makna UG yang sebenarnya yang selama ini ditabur najis oleh PH, kini rakyat faham sudah makna U. Bukan PAS nak gabung dengan Umno atau berkasih sayang dengan Umno sebagaiman PKR, Pan dan PPBM berkasih sayang dengan Dap.

Kalimah UG dah tak jadi zikir, sebab makna UG bagi PH ialah PAS nak gabung dengan Umno. Apsbila PAS tak gabung-gabung juga walaupun boleh ambil kesempatan bersila selesa menjadi kerajaan gabungan Umno terutama di negeri Pahang dan Perlis sebaliknya PAS tetap dengan keputusannya. PAS tetap PAS. 

PAS dah belayar lama di lautan politik Malaysi. PAS tak pernah mabuk kuasa hingga memuntah buangkan matlamat perjuangannya. PAS sanggup berpisah dengan mana-mana parti yang menentang dasar perjuangannya , yang PAS tak sanggup ialah berpisah dengan Islam. 

Dengan ketegasan PAS ini menjadikan zikir UG versi PH sudah tidak berfadhilat lagi kerana ianya adalah amalan yang diambil dari dalil sesat dan dusta.

Ustaz Rosli Abdul Jabar ialah
Pesuruhjaya PAS Pahang
Adun Tanjung Lumpur

No comments:

Post a Comment