BANDAR JENGKA: Setelah digempur dan diberi amaran,
akhirnya pusat judi di simpang Jengka 14 yang selama ini menjadi destinasi
remaja tempatan, telahpun ditutup operasinya.
Adun Jengka Ustaz Shahril Azman AlHafiz dalam
facebooknya menyebut, pemilik premis berkenaan bahkan membuat tawaran untuk menjual
kedai berkenaan.
“Alhamdulillah hasil kerjasama semua pihak pusat judi
simpang Jengka 14 telahpun ditutup operasinya. Bahkan tauke judi (tersebut) telahpun
mengiklankan untuk menjual premis judi dan perabut dengan harga 100k++.
“Pihak Adun Jengka telah dimaklumkan perkara ini oleh Ketua
Polis Balai Daerah Jengka ketika kunjungan beliau ke pejabat Adun baru baru
ini.
“Semoga usaha yang sedikit ini mendapat balasan yang
besar daripada Allah kepada semua yang terlibat menjayakannya,” tulis beliau.
Sebelum ini disiarkan berita Ustaz Shahril bersama dua
pegawainya dengan kerjasama Pejabat Agama Jengka dan pihak polis, telah membuat
serbuan ke premis tersebut.
Tindakan berkenaan adalah hasil aduan orang ramai, setelah
kecoh diperkatakan simpang Jengka 14 di sini telah sering kali digelar sebagai ‘Tongkiat
Kedua’ berikutan wujudnya kedai judi nombor ekor haram yang telah beroperasi
secara sembunyi-sembunyi sejak beberapa tahun lalu dengan berselindung di
sebalik jualan perabut dan baja.
Sementara itu Adun Jengka mendapat pujian dalam komen
di statusnya. Antaranya: “Sape undi Pas Dun Jengka sehingga ada kuasa dan sekat
kemungkaran dapat pahala.... ada bantahan???”.
Muhammad Hafizuddin: “Ni yang ATGNA sebut, undi PAS
boleh dapat pahala.”
Abuhadeef Al-fateh: “Ya2.. selepas 30 tahun barulah
makin jelas utk difahami.... Makin jelas Politik dgn dosa pahala ni xboleh
dipisahkan....”
Hj Abdul Rahman Shaari: “Masih ada yg ragu undi pas dpt
pahala .berjaya hlg maksiat jadi org bertakwa pasti masuk syurga.harap lepas
tiada lagi.”
No comments:
Post a Comment