KUALA LUMPUR : Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia
(JBPM) mengenal pasti 18 lokasi panas yang kerap berlaku kemalangan dibeberapa
lebuh raya sempena Hari Raya Aidilfitri yang akan disambut tidak lama lagi.
Lebuh Raya yang dikenal pasti dalam Ops Raya 2018
termasuk Lebuh Raya Utara- Selatan, Lebuh Raya Pantai Timur (LPT) dan Lebuh
Pantai Timur II (LPT II).
Ketua Pengarah JBPM, Mohamad Hamdan Wahid berkata,
seramai 10 pegawai dan anggota daripada unit FRT/LFRT dan EMRS ditempatkan di
setiap lokasi.
“Langkah itu diambil bagi membolehkan pihak bomba
bertindak cepat di lokasi kejadian sekiranya berlaku sebarang kecemasan,”
katanya di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE
No comments:
Post a Comment