Fakta penyandang kerusi Yang Berhormat yang dipaksa
meletak jawatan bagi memberi laluan kepada tokoh-tokoh tertentu, rupa-rupanya
telah lima kali berlangsung. Terbaharu ialah ‘Langkah Port Dickson’ di mana Presiden
PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim sendiri akan bertanding.
Perkara ini dingat dan diulang kembali oleh seorang penulis
maya iaitu Hanisya Abdul Hamid yang dulunya merupakan aktivis PKR.
Atas motif tertentu, memang di sana ada haknya namun
bagi sesetengah yang lain ia dilihat sengaja mempergunakan demokrasi berpilihan
raya di samping sengaja membazirkan wang rakyat yang sepatutnya boleh
disalurkan kepada kepentingan lain.
Hanisya menulis: “PKR sejak diwujudkan tahun 1999 (dulu
PKN) .. sudah 5 kali diadakan PRK dengan cara penyandang dikerah dan dipaksa
kosongkan kerusi tanpa mengambil kira berapa juta wang rakyat hangus begitu
sahaja.
“Peliknya bila berpidato bukan main lagi bercakap
mengenai urustadbir yang cekap, tatakelola kerajaan yang baik, sekat dan cegah
pembaziran dan ketirisan, tolak salah guna kuasa dan tamak haloba demi memenuhi
nafsu serakah dll.”
Memang tepat. Sepatutnya sesudah rakyat memilih
wakil-wakil mereka sewajarnya tumpuan dan fokus mestilah di hala kepada
usaha-usaha membangunkan sosio-ekonomi dan kebajikan rakyat terutama melalui
janji-janji yang dihamburkan.
Hanisya menyenaraikan PRK-PRK yang diadakan kerana
Langkah Pelahap Tamak Haloba PKR.
1 - PRK Parlimen Permatang Pauh 2008 .....Kak Wan letak
kosongkan kerusi demi beri laluan kepada Anwar Ibrahim.
2 - PRK DUN Penanti 2009 ....Dr Fairus kosongkan kerusi
digantikan dengan Datuk Mansor Othman.
3 - PRK DUN Bukit Selambau 2009.....V. Arumugan
kosongkan kerusi digantikan dengan S.Manikumar.
4 - PRK DUN Kajang 2014 .....Lee Chin Cheh kosongkan
kerusi kerana mau digantikan dengan Anwar Ibrahim tetapi rancangan terbantut
sebab 3 hakim Mahkamah Rayuan sebulat suara dapati Anwar sememangnya meliwat
bekas pembantunya Saiful Bukhari Azlan, dan terpaksa digantikan dengan
isterinya Kak Wan. Langkah ini adalah penyebab utama Pakatan Rakyat terus punah
hancur berkecai.
5 - PRK Parlimen Port Dickson 2018 ....Dato' Danyal
Balagopal Abdullah kosongkan kerusi untuk beri laluan kepada Anwar Ibrahim
bertanding sebagai jalan untuk menjadi PM ke-8.
Sudah ada suara-suara yang meminta agar proses
demokrasi ini dikaji semula dengan maksud tidak sewenang-wenangnya
disalahgunakan. Namun sejauh mana ia menarik perhatian penggubal-penggubal dasar,
tidak diketahui.
No comments:
Post a Comment