Wednesday, September 26, 2018

Siapa yang jahil, Dr Zakir atau Dr Mujahid?

Oleh SALMAN ALI

Apabila Dr Mujahid sifatkan dakwah cara Dr Zakir Naik dengan merendahkan agama lain tidak sesuai di Malaysia, saya terfikir akan tiga kemungkinan.

Samada Dr Mujahid jahil tentang konsep dakwah pada Nabi, 

Ataupun beliau sengaja mencalitkan kejahilan kepada diri sendiri buat menagih sokongan orang bukan Islam 

Ataupun beliau berasa prinsip dakwah yang ditekankan oleh kesemua setiap seorang dari pada Nabi, Bahkan kesemua ayat-ayat Alquran tentang dakwah sudah tidak sesuai di Malaysia.


Kalaulah merendah itu maksudnya meletakkan kedudukan tuhan dan agama lain pada kedudukan yang rendah, ini bukan ciptaan Zakir Naik atau manusia lain, inilah dakwah al-Quran apabila menyelar orang Qurais dengan ucapan:

إِنَّكُمْ وَمَا تَعْبُدُونَ مِنْ دُونِ اللَّهِ حَصَبُ جَهَنَّمَ أَنْتُمْ لَهَا وَارِدُونَ
Sesungguhnya kamu beserta sembahan kamu selain Allah adalah bahan bakar buat neraka. Kamu akan memasukinya.

Kalaulah merendah itu memaki hamun agama lain, Tidak pula kedengaran ZAkir naik memaki mana-mana agama lain. Bahkan perbuatan itu dilarang menerusi firman Allah
وَلَا تَسُبُّوا الَّذِينَ يَدْعُونَ مِنْ دُونِ اللَّهِ فَيَسُبُّوا اللَّهَ عَدْوًا بِغَيْرِ عِلْمٍ
 Dan Janganlah kamu memaki mereka yang menyeru selain Allah lalu mereka memaki Allah secara melampau tanpa ilmu

Kalaulah pada beliau dakwah sepatutnya berhenti sekadar dialog dengan setiap orang menerangkan kebaikan agama masing-masing tanpa menyebut kemungkaran agama lain, beliau telah menyanggahi masej dakwah para Rasul kesemuanya
وَلَقَدْ بَعَثْنَا فِي كُلِّ أُمَّةٍ رَسُولًا أَنِ اعْبُدُوا اللَّهَ وَاجْتَنِبُوا الطَّاغُوتَ
Dan kami telah utuskan kepada setiap umat para Rasul (menyeru mereka) agar menyembah Allah dan menjauhi berhala-berhala.

No comments:

Post a Comment