Ribut serta angin kencang yang melanda negeri Pahang
ketika ini sejak sebulan lalu sungguh menggerunkan kerana akibatnya merosakkan
harta benda terutamanya kediaman penduduk.
Malapetaka ini menjadi ujian kepada Adun-Adun PAS baru
beberapa bulan mengangkat sumpah bagi menangani masalah.
Antara yang terlibat ialah Dun Tahan di Jerantut, Dun
Beserah di Indera Mahkota, Dun Luit dan Jengka di Maran serta Dun Chenor juga
di daerah yang sama.
Dun Chenor antara yang banyak menghadapi musibah ini. Semalam
Adunnya Ustaz Mujibur Rahman Ishak menziarahi rumah Puan Jamilah Mat Bakar, 74
tahun, di Kampung Nyak, Seberang Chenor yang dilanda taufan baru-baru ini
sehingga memusnahkan hampir 100 peratus bumbung rumah serta strukturnya.
Ustaz Mujibur Rahman turun sambil menyampaikan
sumbangan kepada Jamilah sekeluarga bagi meringankan sedikit beban beliau itu.
Dalam kejadian 7.30 petang Rabu itu Jamilah yang
tinggal bersama suami dan anaknya berkata beliau sekeluarga sedang berehat sementara
hujan renyai-renyai dan tiada angin kuat.
“Tapi tiba-tiba ribut datang sekitar 5 minit lalu menerbangkan
bumbung rumah kami dalam sekelip mata. Kami sekeluarga terpaksa duduk dibawah
rumah kerana takut ribut kembali semula.
“Walau bagaimanapun kami tetap bersyukur kerana tiada
kecederaan berlaku antara kami,” katanya.
Jamilah dalam pada itu mengharapkan ada pihak yang
dapat membantu beliau sekeluarga memandangkan dirinya sudah tua manakala suaminya
sudah tidak dapat melihat sekarang ini.
Sementara itu seorang penduduk di Kampung Luit, Maran turut
mengalami musibah yang sama.
Ruiyah Nong, 43, berkata ketika beliau tinggal di rumah
kelmarin tiba-tiba ribut telah menumbangkan pokok besar berhampiran rumahnya lalu
menghembap bahagian tengah rumahnya dan memusnahkan bumbung.
Adun Luit telah bergegas melihat keadaan mangsa dan
membantu penduduk yang masih di dalam trauma.
1.
Ustaz Mujib menyerahkan bantuan kepada
Fatimah
2.
Sofian (tengah) mambantu memotong pokok
tumbang di Luit yang dilanda angin kencang serta memusnahkan kediaman penduduk.
No comments:
Post a Comment