Tuesday, September 18, 2018

Hasil desakan akhirnya Speed 99 henti jual arak

Pasar Raya Speedmart 99 yang baru dibuka di Taman Temerloh Jaya akhirnya akur dengan desakan orang ramai dan bantahan jawatankuasa Masjid Temerloh Jaya yang tidak mahu penjualan arak di kawasan majoriti umat Islam itu diteruskan.

Sebelum ini, laman ini turut menyiarkan cerita penjualan arak di sebuah kedai Serbanika di Temerloh Jaya di mana taman perumahan tersebut merupakan kawasan perumahan terbesar berhampiran bandar Temerloh dan lebih 95 peratus merupakan penghuni Melayu dan Islam.


Arak tersebut dijual secara terbuka dengan mempamerkan minuman yang memabukkan itu dipintu masuk yang disusun atas rak bersama barangan lain. Ini menyebabkan ia bebas dibeli oleh remaja-remaja Melayu jika tidak dibendung.


Bagi penduduk, tindakan tersebut sudah tentu menyalahi Islam kerana hukumnya sudah jelas. Minum (arak) haram, (mereka) yang menjual (arak) haram, yang membungkus botol (arak) haram, yang mengangkut kotaknya haram.

Dengan kejayaan membendung ini kami mengucapkan tahniah kepada kepimpinan Masjid Temerloh Jaya pengerusinya Dr Abdullah Ismail, timbalannya Ustaz Ramizul Amin dan ahli jemaah sekalian kerana berjaya menyampaikan surat bantahan penduduk kariah.

Umat Islam di tempat lain juga perlu prihatin dan pro aktif bagi membantah setiap perkara mungkar. Jika didiamkan, peniaga atau penganjurnya akan menganggap orang ramai bersetuju.

Ustaz Ramizul menyerahkan surat bantahan kepada pekerja Speed 99



Lihat juga disini: https://selamatkanpahang.blogspot.com/2018/08/kedai-serbaneka-jual-arak-di-kawasan.html#more  

No comments:

Post a Comment