Monday, September 3, 2018

Adun Jengka rasmi pejabat baharu Agensi Etika Takaful

Adun Jengka Ustaz Shahril Azman Abdul Halim pada Ahad telah menyempurnakan majlis perasmian pembukaan pejabat baru Etiqa Takaful dan Insurance di Bandar Tun Razak Jengka, iaitu bersebelahan dengan klinik Dr Suhaizat.

Isteimewanya syarikat Etiqa ini bukan hanya fokus kepada aktiviti perniagaan sahaja, malah bertanggungjawab juga mengadakan pelbagai bentuk program kebajikan.


Ustaz Shahril dalam laman facebooknya menyebut, syarikat tersebut telah  menyerahkan zakat kepada Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM) iaitu sebanyak RM302,667 pada tahun 2014 dan RM235,200 pada tahun.

“Etika ini juga pada 2015 telah membina 46 buah rumah kekal di Kelantan dan pada tahun yang sama telah membantu membeli kelengkapan sekolah kepada 200 murid miskin di Kelantan.

“Pada 2016 pula telah memperuntukkan sejumlah RM1.5 juta kepada NGO dan IAM utk disalurkan kepada 12,000 penerima seluruh negara.

“Pada tahun 2017 Seramai 2000 nelayan pesisir pantai di Johor, Pulau Pinang, Kedah dan Kelantan menerima sumbangan 25 liter seorang minyak petrol percuma.

“Manakala pada 2017 syarikat telah menyumbang RM30,000 kepada Seri Tahfiz al-Banna yang beroperasi di Jengka 11, Bnadar Jengka,” tulisnya.

Ustaz Shahril menambah, banyak lagi program kebajikan yang telah dilaksanakan, semuanya hasil perniagaan dan sokongan orang ramai yang bermuamalah dengan Etiqa.

“Ini bermakna setiap caruman anda ada saham kebajikan untuk bekalan akhirat kerana keberkatan takaful berlandaskan syariah Islam.”

Turut hadir Ustaz Nafiri Toazi dan Ustaz Kamaruzaman yang mewakili Tahfiz al-Banna serta pengurus Etka Takaful Cawangan.

Ustaz Shahril (kiri) menandatangani plak perasmian. Turut keliharan, Ustaz Nafiri, Pengerus Etika dan Ustaz Kamaruzaman

No comments:

Post a Comment