Wednesday, September 26, 2018

Ada peliwat disuruh tutup tahfiznya, ada peliwat dijulang partinya

Heboh isu seorang yang dituduh meliwat pelajar-pelajar tahfiz begitu dihangatkan sehingga pihak kerajaan dan agen-agennya begitu beria-ia menyalahkan dan mengarahkan pusat tahfiz ditutup serta-merta.

Perbuatan meliwat sememangnya terkutuk dan sepatutnya beliaulah yang bersalah kenapa dilibatkan pusat-pusat tahfiz seolah-olah sebagai pusat jenayah?


Jika begitu bagaimana dengan seorang tokoh politik yang pernah dituduh meliwat dan kini sedang meniti untuk menjadi orang nombor satu negara? Kenapa pula tidak diseru tutup partinya?

Pelik, yang sepatutnya tutup didiamkan, yang sepatutnya dimajukan disuruh tutup!

Mengenai kes ini, Timbalan Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man menulis: Ramai yang masih menunggu pengumuman Menteri Wilayah Persekutuan Khalid Samad untuk mengarahkan kedai arak ditutup selepas lebih 30 mangsa mati akibat keracunan arak baru-baru ini.

Ini berikutan reaksi kilat menteri berkenaan yang mengarah semua pusat tahfiz tidak berdaftar di Kuala Lumpur ditutup kerana ada kes LGBT yang menyamar sebagai pengetua tahfiz dan melakukan jenayah seksual terkutuk terhadap pelajar-pelajarnya. Meskipun kes itu masih dalam proses pembicaraan.

“Yang buat salah tu tangkaplah, ambillah tindakan. Tak ada siapa nak bela yang buat perlakuan tak senonoh tu. Hukumlah seberat hukuman.

“Fokuslah pada ratusan premis rumah urut haram, pusat hiburan haram, dan kilang haram yang terus berleluasa meskipun melakukan pelbagai kesalahan dan membawa masalah sosial, persekitaran dan kekeluargaan,” tulis Ahli Parlimen Kubang Kerian itu.

Katanya, keutamaan wajib diberi kepada penutupan tempat sedemikian yang merosakkan dan bukannya pusat tahfiz tidak berdaftar.

“Sebagai seorang pemimpin Muslim, sepatutnya idea menutup tahfiz tidak berdaftar tidak harus terlintas di minda Menteri Wilayah.

“Beliau sepatutnya memikirkan cara untuk membantu pusat pendidikan tidak berdaftar seperti tahfiz yang mendidik dan beroperasi melahirkan ratusan anak muda yang berakhlak dan penuh dadanya dengan al-Quran dan bukan mencari alasan untuk menutupnya.”

Selain Menteri Wilayah, Menteri Agama pun sama.

Pelik, kumpulan yang menamakan diri mereka Geng 18 dan GHB ini dahulu sudah berubah benar sejak tercampak daripada PAS. Seolah-olah kerja-kerja perjuangan amar makruf nahi mungkar yang sama-sama dipelajari dan diperjuangkan sejak dalam PAS dahulu sudah hanyut entah kemana!

No comments:

Post a Comment