Demikian luah seorang warga emas yang tinggal sebatang
kara di sebuah pondok sangat daif dan hampir reput di Kampung Kandis, seberang Chenor,
Maran ketika ditemubual.
Anak kelahiran kampung tersebut Hasan Mohamed, 68,
tinggal di pondok yang hanya layak untuk menunggu musim buah itu, dibinanya
sendiri menggunakan kayu, buluh dan zink terbuang dengan hanya berlantaikan
tanah itu sejak dua tahun lalu.
“Saya rasa terkejut tiba-tiba YB tiba-tiba datang,
mulanya sayapun tak kenal dia. Tak lama lepas itu YB datang semula dengan
barang-barang binaan rumah dan sekarang dah nak siap.
Bercerita lanjut, beliau berkata beliau yang tidak
pernah berkahwin itu sanggup duduk sendirian di situ untuk menjayakan tanah.
Ditanya, katanya, memanglah beliau takut terutama apabila
masa hujan dan angin ribut sehingga tidak dapat tidur kerana tempias dan atap
yang bocor.
Pondok tersebut hanya mempunyai pangkin kayu untuk
seorang individu tidur dan bahagian memasak selain sambungan paip yang diberikan
oleh jiran berhampiran.
Hasan berkata, sebelum PAS menang di Chenor tidak ada
wakil rakyat yang bertandang bertanyakan khabarnya.
Sementara itu Ustaz Mujib berkata rumah dalam pembinaan
itu merupakan sumbangan daripada orang
ramai dengan modal mula sebanyak RM2,000 daripada Yayasan Amal.
“Setakat ini pihak sekretariat Dun Chenor telah membelanjakan
RM10,000 dan perlu sekitar RM15,000 lagi untuk menyiapkan baki 35 peratus
binaan. Kami membina secara gotong royong dan tenaga sukarela sebab itu dapat jimat banyak.
“Kita juga akan memohonkan sumbangan tetap melalui JKM
dan Muip bagi bagi membantu kos sara hidupnya. Pakcik ini dia tak pernah mohon
bantuan,” ujarnya.
1. Ustaz Mujib dan Hasan memerhatikan tukang yang sedang bekerja. Kanan sekali ialah Pengarah Sekretariat Dun Chenor Ramli Abdul Rahman
2. Hasan keluar dari pondok buruk yang didiaminya selama dua tahun.
No comments:
Post a Comment