Ekoran daripada tindakan Jabatan Agama Islam Terengganu
yang telah melaksanakan hukuman sebat di hadapan ramai ke atas pesalah pasangan
lesbian baru-baru ini telah menimbulkan pelbagai polemik, namun ianya juga
mendapat pandangan yang positif di kalangan masyarakat termasuk yang bukan
Islam.
PAS Pahang menyokong sepenuhnya kenyataan Pengarah Jabatan
Agama Islam Pahang (Jaip) Datuk Muhamad Noor Abdul Rani yang membayangkan untuk
mengikuti tindakan yang dilakukan oleh Jabatan Agama Islam Terengganu dan
mengharapkan ianya dapat menjadi kenyataan dan disegerakan.
Pesuruhjaya PAS Pahang Ustaz Rosli Abdul Jabar berkata,
golongan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) pada ketika ini didapati semakin
bertambah dan berani. Ini adalah senario yang sangat membimbangkan dan ini juga
bukti bahawa hukuman yang dikenakan keatas mereka selama ini kurang
memberi kesan malah perlu kepada perubahan hukuman yang lebih berkesan.
Beliau yang juga Adun Tanjung Lumpur menjelaskan, hukuman
sebat di khalayak bukanlah sesuatu yang baharu ianya juga dilakukan di negara-negara
Islam lain seperti Saudi, Brunei dan beberapa wilayah Islam yang lain. Namun
ini adalah kali pertama dilaksanakan di Malaysia. Di samping itu juga ia adalah salah satu pendekatan bagi tujuan untuk menyekat
kemungkaran yang diperintahkan oleh Allah SWT bagi kesalahan seperti zina dan
lain-lain.
Dalam kenyataan medianya juga beliau berkata, di samping
usaha dakwah yang berterusan dan lebih agresif untuk memulihkan golongan
tersebut, pendekatan hukuman yang lebih berkesan juga mesti dilaksanakan kerana
bukan sahaja pendekatan dakwah yang digunakan untuk manusia meninggalkan
kemungkaran malahan Islam juga menggunakan pendekatan hukuman sebagai cara
untuk menyekat kemungkaran.
Justeru, PAS Pahang menyokong sepenuhnya tindakan
Jabatan Agama Islam Terengganu dan tutut menyokong sepenuhnya kenyataan Pengarah JAIP
Datuk Muhamad Noor Abdul Rani yang membayangkan untuk mengikuti jejak langkah
Jabatan Agama Islam Terengganu. PAS Pahang turut berdoa agar Negeri Pahang
dilimpahi Rahmat dan kemakmuran daripada Allah SWT.
"Yakinlah bahawa hanya Islam sahajalah jalan
penyelesaian".
Seorang atuk di Putrajaya berkata..hukuman itu memalukan umat islam..ya..dia ni mana pernah setuju dengan hukuman cara islam..!
ReplyDelete