Thursday, September 20, 2018

Veteran PAS tertua meninggal dunia

Ahli PAS antara yang tertua di Temerloh, Osman bin Awang Janai, 93 tahun kembali ke rahmatullah kira-kira jam 2.05 awal pagi tadi dipercayai sakit tua.

Terkenal dengan panggilan Pakteh Seman tinggal di Kampung Paya Luas (belakang Hoshas), aktif bersama PAS sekitar tahun 1970-an terutama semasa di bawah kepimpinan Almarhum Ustaz Ishak Abdullah hingga 90-an.


Kesihatannya mulai merosot sejak tahun lalu. Arwah meninggalkan 9 orang anak serta puluhan cucu dan cicit.

Jenazahnya disolatkan di Masjid Ubudiyyah Paya Luas jam 11 pagi dan dikebumikan di tanah perkuburan berhampiran. Turut menziarahi ialah pimpinan PAS Kawasan serta kenalan dan karib kerabat.

Imam masjid Ustaz Najmi membacakan talkin


No comments:

Post a Comment