Jenazah Allahyarham di bawa ke masjid Medan Tok Sira,
Kuantan untuk dimandikan, kafan dan Solat jenazah kira-kira jam 10 pagi tadi, sebelum
dibawa ke Tanah Perkuburan Hutan Setali.
Turut berkenan berangkat Pemangku Raja Pahang Tengku Abdullah Sultan
Haji Ahmad Shah.
Anak kelahiran Terengganu itu pernah menjadi pemberita sambilan
Bernama di Bentong sebelum bertugas sebagai Setiausaha Kerja Umno Pahang membantu
Dato’ Bakar Ahmad selaku Setiausaha Perhubungan yang juga Exco kerajaan negeri.
Beliau kemudian dipilih sebagai Adun Beserah mewakili
BN selama sepenggal dan tewas kepada Syed Mohamed Tuan Lonik pada PRU 2008.
Allahyarham juga pernah menjadi pengerusi kepada
syarikat pembalakan Rangkaian Delima.
Di akhir hayatnya Allahyarham dikatakan menderita sebagai penghidap
penyakit diabetis.
Dato' Faisal (kiri) ketika diziarahi bekas Perdana Menteri Dato' Sri Najib Tun Razak
No comments:
Post a Comment