Saturday, March 24, 2012

Bekas Adun Umno mahu sertai PAS, PAS Pahang jangan ‘lewat’ lagi

Seorang bekas Adun BN Pahang daripada Umno sudah menyatakan hasrat untuk menyertai PAS kepada rakan-rakannya.

Dulu saya dengar di hujung-hujung telinga saja, tetapi terbaru disahkan oleh rakan karibnya sendiri yang juga bekas Adun yang sudah cabut meninggalkan Umno.

Tokoh muda yang hanya bertahan sepenggal di Dewan Undangan Negeri itu sebenarnya berkelulusan agama dan pernah berucap dalam Perhimpunan Agung Umno dulu.

Latar belakang keluarganya sememangnya karat Umno, tetapi bapanya orang perjuangan dan agak berpengaruh manakala rakan-rakannya pula sudah sekian lama di kalangan orang PAS.

Saya sebenarnya secara peribadi amat mengenali beliau, iaitu sebelum diangkat menjadi YB tempoh hari. Perhubungan kami amat rapat pada satu ketika terutama berkaitan perniagaan. Jika sekarang ada orang bertanya tentang saya kepadanya, saya yakin dia masih mengingati saya!

Kekaguman saya kepadanya ialah beliau sangat jujur dalam bersahabat dan tidak mengkhianati kawan serta suka berterus terang lagi pemurah. Itu saya pasti betul-betul.

Satu perkara yang saya amat menyanjunginya ialah boleh menguasai dua bidang sekali gus yang jarang bakat ini ada pada satu orang, iaitu pintar berpidato dan cekap menulis.

Beliau dikatakan sudah berada di pentas pidato dan debat sejak zaman persekolahan lagi. Apabila berpidato, beliau gemar menyelang-nyelikannya dengan pantun dan seloka sehingga mampu memukau ramai.

Manakala ada beberapa buah buku tulisan beliau pernah diterbitkan (saya juga diberikannya buku itu) yang ditaja oleh Najib Tun Razak sendiri ketika itu.

Memang pada ketika itu beliau sudah Umno, tetapi pada tahun 1998 itu beliau menyokong reformasi kerana menentang pemecatan Anwar Ibrahim.
Beliau beristeri dua, tapi lantaklah itu apa saya peduli. Lagipun beliau memang tampan dan keluarganya dihormati.

Lama saya tidak mendengar berita mengenainya kecuali sesekali beliau dikatakan berulang ke Indonesia.

Beliau orang perjuangan seperti ayahnya. Kali ini beliau mahu meilih PAS dan kita harap janganlah berlengah lagi.

Kita masih ingat pada satu ketika dulu pernah Dato’ Fauzi Abdul Rahman menyatakan hasrat untuk keluar Umno dan menyertai PAS. Tetapi nyata PAS Pahang bertindak agak ‘liat’ dan bertangguh, mungkin atas sebab-sebab tertentu.

Datuk Seri Anwar lebih pantas apabila segera menemui Fauzi dan membawanya menyertai PKR dan diberikan jawatan Ketua Perhubungan.

Memang menyertai PKR lebih baik daripada terus menetap dalam Umno. Cuma rugilah bagi PAS, kerana pada asalnya beliau memang mahu menyertai PAS dan menyertai PKR selepas kelewatan PAS Pahang bertindak.

Kini sahabat saya (dia orang besar, saya orang kecil) sudah terbuka hatinya untuk menyeberang meninggalkan Umno. barangkali beliau sudah nampak 'Umno yang busuk hingga ke usus' sebagaimana yang dilihat Dr Mahathir.

Bagus, tahniah dan syabas. Semoga sukses dengan wadah baru ini nanti.

Lantaran itu mudah-mudahan kali ini PAS Pahang tidak terlambat dan kerugian lagi. Segeralah susuli tokoh muda berkenaan dan saya jangka eliau merupakan aset besar kepada PAS pada masa depan.


3 comments:

  1. sapa ADUN tu?anak peneroka ke dia?jangan2 kene ke anak sedara kowe memang orang lulusan agama Jordan tapi mak bapak dia peneroka asainya orang kedah.

    ReplyDelete
  2. Bukan rasanya..... anak Pahang jati tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Perkara yang baik tu jangan dilambat lambatkan...
      Syabas!Kami akan beri sokongan 200% dalam PU 13

      Delete