Thursday, March 1, 2012

Ahli PAS Pahang dijemput ke Munajat Menuju Kemenangan

TEMERLOH: Semua ahli PAS Pahang terutamanya jawatankuasa di peringkat Cawangan, Unit Peti Undi dan kepimpinan di semua peringkat dijemput hadir ke program Munajat Menuju Kemenangan di Darul Amin Sungai Gau Ahad ini (4 Mac).

Setiausaha Perhubungan PAS Pahang, Roslan Zainal dalam kenyataan medianya hari ini, berkata program tersebut akan disertai Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.

“Tuan Guru Presiden akan menyampaikan amanat khas kepada jentera pilihan raya bermula jam enam petang manakala jamuan rakyat disediakan seawal jam 5.30 petang lagi.

“Tahlil perdana akan turut diadakan sebelum Solat Maghrib dan akan dipimpin oleh seorang tokoh ulamak diikuti Solat Hajat, zikir taubat dan munajat sehingga Solat Isya’.

“Jamaah dikehendaki membawa sejadah masing-masing kerana Solat dilakukan di lapangan terbuka,” katanya.

Tambah Roslan, amanat dan munajat ini amat penting sebagai bekalan demi memantapkan tekad dan mendekatkan hati setulusnya kepada Allah dalam melayakkan jemaah mendapat kurniaan, pertolongan dan kemenangan juga sebagai persediaan akhir turun ke medan pilihan raya umum (PRU) 13.

Katanya lagi, kita mahu ahli PAS sentiasa sedar bahawa Allah merupakan tempat mengadu kita yang terakhir dan berkuasa di atas segalanya.

“Pada malam tersebut akan diadakan ceramah perdana sempena pelancaran dana PRU PAS Pahang.

“Selain Presiden yang akan berceramah ialah Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, Shamsul Iskandar Mat Akin (AMK) dan Leong Ngah Ngah (DAP),” ujarnya.

Roslan berkata, PAS menjemput hadir semua dermawan yang ingin menyampaikan terus sumbangan kepada YB Presiden di pentas ceramah pada malam tersebut.

Katanya, munajat, amanat dan pelancaran dana ini amat penting kerana merupakan yang terakhir sebelum PRU 13 yang dijangkakan boleh menjadi kejutan.


No comments:

Post a Comment