Monday, March 12, 2012

Maki wartawan: Tok Nan gali kubur sendiri

KUANTAN: “Mana-mana pemimpin yang memaki hamun wartawan bermakna sedang menggali kubur sendiri,” kata Ketua Penerangan PAS Pahang, Suhaimi Saad.

Beliau mengulas insiden Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob yang secara terang-terang menjerit mengatakan “wartawan bodoh”, “akhbar bodoh” dan mengulanginya beberapa kali ketika sidang medianya selepas perasmian Karnival Buku Pahang 2012 di sebuah hotel di sini kelmarin.

Beliau juga dikatakan turut mengusir wartawan-wartawan daripada akhbar Cina dan disaksikan oleh orang ramai.

Adnan bertindak demikian kerana dikatakan tidak berpuas hati dengan laporan akhbar-akhbar Cina yang yang menurutnya menyiarkan kenyataan beliau berkaitan sisa proses kilang Lynas akan dilupuskan di lombong tinggal di Sungai Lembing.

Suhaimi berkata, sepatutnya jika kenyataan tersebut bohong beliau memanggil sidang akhbar dan menafikannya bukan bertindak secara emosi.

“Wartawan adalah pelapor kepada rakyat apa yang kerajaan yang mereka pilih, ingin lakukan dan mereka bekerja secara profesional. Takkan itupun Menteri Besar tak tahu.

“Jadi mengusir wartawan samalah seperti mengusir rakyat. Sebab itu saya kata beliau mahu menggali kubur politiknya,” katanya.

Tambah Suhaimi, jika Adnan bertindak lebih matang beliau boleh mengarahkan pengawal hotel terbabit menghalang terus wartawan akhbar Cina masuk ke dalam hotel itu daripada menjerit dan menghalau wartawan berkenaan.

Sementara itu Kesatuan Wartawan Kebangsaan (NUJ) turut mengutuk keras kenyataan Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob kerana menggelar petugas media sebagai "bodoh".

Presiden NUJ Chin Sung Chew berkata, pihaknya amat terkejut dengan reaksi Adnan itu dan menganggapnya sebagai menghina maruah wartawan, biadap dan turut mencampuri kebebasan media.

Menurut saksi, Adnan juga menolak kamera yang dipegang oleh seorang jurugambar dan mencabar aksi itu disiarkan. Tiga wartawan akhirnya meninggalkan sidang akhbar tersebut.

Sebelum ini Adnan juga pernah dikaitkan dengan “samseng” kerana pernah menunjukkan isyarat lucah ketika hari pencalonan Pilihanraya Kecil Sanggang, Temerloh.

Adnan juga pernah naik angin dalam dewan undangan apabila dicelah oleh ketua pembangkang daripada PAS ketika itu Ustaz Idris Omar.

~ Harakahdaily

1 comment:

  1. jeng jeng jeng...mula2 opah ijat,peh tu tok nan..lepas ni sapa ehh?

    ReplyDelete