Sunday, March 4, 2012

Sisa buang jauh, Tok Nan kata tak bahaya?

Sebelum ini penyokong-penyokong tegar projek loji pemprosesan nadir bumi Lynas mati-mati mengatakan kilang itu tidak bahaya. Bahkan mereka yang rata-rata terdiri daripada penyokong Umno, sanggup bergaduh apabila ada kelompok yang berdemonstrasi membantah Lynas.

Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob lebih-lebih lagi emosi mengatakan kilang Lynas tak bahaya. Malahan beliau dalam ucapan Bajet 2012 sanggup menggelarkan mereka yang mengatakan Lynas bahaya adalah sama dengan ayat Allah “Khatamallahu ‘ala qulubihim wa ‘ala sam ‘ihim” (dan kemudiannya beliau lupa ayat tersebut untuk diteruskan).

Ketika isu Lynas hangat diperkatakan dan terdapat tanda-tanda ketakutan penduduk sekitar Gebeng sehingga ada yang mulai berpindah dan nilai tanah dikatakan menjadi murah, Adnan dengan bangganya mengumumkan beliau sanggup membeli rumah-rumah berhampiran Lynas (kerana begitu yakin Lynas tidak bahaya termasuk sisa pemprosesannya).

Namun akhbar Umno semalam memetik kenyataan Najib “Sisa Lynas dipindah lokasi jauh, selamat”. Maknanya jauh dari penempatan manusia.

Ada dua persoalan. Kalau benar-benar selamat kenapa perlu dibuang jauh. Saya cadangkan kambuskan saja di kawasan yang yakin sisa Lynas tidak bahaya termasuk di kampung halaman MB di Bentong kerana beliau yakin sisa buangan radioaktif itu selamat tidak seperti di Bukit Merah.

Seorang pimpinan PAS Pahang berpendapat, hantar saja sisa tersebut ke Sri Perdana dan Sri Satria iaitu kediaman PM dan TPM di Putrajaya. Mereka mesti berani buktikan tidak bahaya, bukan hanya setakat menghentam menggelarkan agenda pembangkang.

Kedua, kenapa tidak syaratkan negara Australia sendiri iaitu tempat asal Lynas, menjadi lokasi dihantar semula sisa buangan tersebut.

Kerana penduduk tempatan khuatir, mungkin orang Australia tidak takut dengan sisa itu, maka suruh saudagar Lynas itu bawa balik. Jika kerajaan sendiri tidak mahu menghormati pendapat rakyat sendiri siapa lagi?

Adapun juak-juak Umno itu tak boleh pakai. Jika pemimpin mereka dah kata “itu” maka “itu”lah juga akan menjadi pegangan kuat mereka kerana mereka sudah diajar “iyakan saja membuta tuli” begitu!



2 comments:

  1. Suil bin sial punya MB kite si bodoh bin banggang binti banggok ni antara barang molek ngan bahaya pon dia tok dapat bezakan rupanye!Nok baca ayat AlQuran pon tergagap2 mcm tercekit sisa toksid ni kan pulok nok membela rakyat Pahang.Dia ni pandai MEMBELA kepentingan diri dia n kroni2 pecacai yang disekeliling dia jer ni.Malu koi dapat MB kaki isyarat lucoh ni weh!!!Ayuh bangun rakyat PAHANG singkirkan MB dan BN dari Wisma Pahang dalam PRU 13 nanti.Jangan biorkan Kesuilan dan Kesialan ini melanda fikiran kite dan menjajoh lagi dibumi Pahang ini lagi!!!Moh Pakat sokong PAKATAN RAKYAT kali ni weh!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Campakan sias tu kePutra Jaya!Agihkan sikit kekampong Tok Nan.Tengok nanti hutan simpan mana pula dimusnahkan untuk buang sisa tu..
      Rumah rumah sekitar Lynas betul ke Kerajaan Negeri dah beli???Jangan cakap je...
      Bila dah mula projek tu nanti jangan biarkan lori yang buang sisa tu bergerak jauh.Keluar je dari kilang Lynas,simbah petrol terus bakar!

      Delete