Friday, April 2, 2010

Sub-kontraktor saman kontraktor pembinaan ibu pejabat Polis


BERA: Seramai 15 orang sub-kontraktor pembinaan ibu pejabat Polis Daerah (IPD) kuarters Polis Di Raja Malaysia (PDRM) dan Bera, membuat laporan polis minggu lalu setelah mendakwa mereka dilarang memasuki tapak pembinaan oleh pihak kontraktor utama Bina Hormat Sdn. Bhd. (Bina Hormat).

Menurut jurucakap kumpulan berkenaan yang hanya mahu dikenali sebagai Nizam, mereka berbuat demikian supaya hak mereka tidak dicabul kerana mereka tidak menerima sebarang dokumen penamatan kontrak daripada Bina Hormat.

Menurut Nizam, sebelum ini mereka bertindak menghentikan kerja setelah Bina Hormat gagal menjelaskan bayaran kemajuan dalam tempoh tiga bulan berturut-turut yang dianggar bernilai RM10 juta.

“Sebagai sub-kontraktor dalam pelbagai bidang masing-masing, kami memulakan kerja mulai Mac 2009. Namun setelah tiga bulan tak dapat bayaran sebagaimana mengikut perjanjian, jadi kami hentikan kerja dan buat keputusan selagi tak dapat bayaran tidak akan teruskan kerja”.

“Dalam masa yang sama kami telah mengadu kepada Timbangtara di bawah insolvensi. Selepas itu kami diberitahu Kementerian Dalam Negeri (KDN) telah memasukkan wang ke akaun Timbangtara yang pertama pada September 2009 dan masuk ke akaun kontraktor utama. Tapi mereka masih gagal bayar kepada kami”.

Menurut Nizam, mereka telah cuba menghubungi kontraktor utama bagi meminta penjelasan tetapi mereka mendiamkan diri.

“Tahu-tahu kita dapati sub-kontraktor baru yang dilantik yang kita tak kenal langsung dan pihak kontraktor utama tak beritahu langsung. Hutang keseluruhan kira-kira RM10 juta”.

“Bila ada pihak ketiga masuk ke tapak ini satu yang berat, kalau kita biarkan hantu-hantu ini masuk, sedangkan sub-kontraktor masih bertanggung jawab sehingga kini belum ada apa-apa dokumen penamatan kontrak. Bagaimana kalau berlaku kehilangan barang dan kerosakan kerja yang kami buat, siapa nak tanggung,” soalnya kepada media.

Sebelum itu media diajak berkumpul di hadapan projek berkenaan namun dihalang oleh pihak kontraktor utama daripada memasuki tapak pembinaan dan polis meminta bersurai.

Cadangan pembinaan perumahan PDRM dan ibu pejabat Polis Daerah Bera milik KDN bernilai kira-kira RM60 Juta yang terletak di lot 12001 & 8422 Mukim Triang, sepatutnya siap pada Januari 2009 namun telah terbengkalai.

Sehingga kini dianggarkan lebih 80 peratus projek siap akibat kerja-kerja akhir (finishing works) telah terhenti tahun lalu. Akibatnya semak-samun telah mula tumbuh meliar dan dikhuatiri banyak barang yang akan rosak jika pihak KDN tidak menanganinya segera.

Sementara itu, Adun Triang Leong Ngah Ngah yang turut mengiringi sub-kontraktor berkenaan ke balai polis berharap perbalahan ini dapat diselesaikan dan menggesa pihak kerajaan mengambil tindakan.

“KDN sebagai pemilik projek kena menyiasat kenapa bayaran ditahan, kenapa sekarang kontraktor utama tak bayar. Mungkin berlaku percanggahan dalam masalah pengangan saham Bina Hormat, tapi patut kerana itu projek tergendala”.

“Warga Bera mahukan projek ini disiapkan kerana dah terbengkalai lama, nanti kos meningkat lagi. Kami mahu wang rakyat yang digunakan bagi projek ini boleh dimanfaatkan oleh penduduk di sini dengan selesa sehingga tidak berlaku pembaziran”.

Gambar:

1. Projek IPD dan kuarters polis Bera terbengkalai

2. Pihak polis dan wakil kontraktor utama menghalang kemasukan ke tapak dan meminta bersurai


2 comments:

  1. salam. bleh x nak tahu details mengenai berita ni? sila email saya d noorain4287@gmail.com

    TQ!

    ReplyDelete
  2. Siapa punya syarikat Bina Hormat ni?Tapi semasa Pak Lah jadi Menteri Dalam Negeri,KJ banyak monopoli semua projek KDN termasuklah membekalkan komputer kepada PDRM.Terlalu banyak pembaziran dilakukan.Tak cukup dengan menghabiskan duit membina banyak rumah rumah dan balai balai polis,disewa pula bangunan untuk dijadikan balai.Dalam jarak tak sampai 5km terdapat balai polis yang besar serta perumahan dalam kawasan balai sedangkan keanggotaannya berapa kerat sangat..Bayangkan diTriang saja menelan kos RM60j.Di BB Serting satu hal.Di Air Hitam lagi?DiKedah perumahan polis yang dibina tidak boleh didiami kerana unsur unsur keselamatan.Betapa membazir?DiSegamat perumahan polis yang telah siap terbengkalai begitu saja akibat masalah yang sama seperti yang dihadapi oleh sub kontraktor diTriang.Kenapa membazir wang rakyat begitu banyak?Apa menafaatnya kepada rakyat dalam bajet 2008,2009,2010 dan 2011?

    ReplyDelete