Tuesday, April 6, 2010

Ir Amiruddin rasmi mesyuarat agung Bera Sabtu ini


BERA: PAS Kawasan Bera akan mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan pada 10hb April 2010 ( Sabtu ) di Dewan Darul Ikhwan, Mengkarak bermula jam 9.00 pagi.

PAS Kawasan Bera mempunyai 43 cawangan. Setakat artikel ini ditulis hampir keseluruhan cawangan telah menunaikan tanggungjawab mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan cawangan masing-masing.

Perasmian Mesyuarat Agung Tahunan PAS Kawasan Bera akan disempurnakan oleh YB Dato’ Ir Amiruddin bin Hamzah Ahli Jawatankuasa PAS Pusat merangkap EXCO Kerajaan Negeri Kedah.

YB Dato’ Ir Amiruddin , wakil DAP dan pimpinan PAS setempat turut akan berceramah pada 9hb April 2010 ( Jumaat ) bertempat di pekarangan Dewan Darul Ikhwan, Mengkarak jam 9.15 malam. Semua dijemput hadir.

No comments:

Post a Comment